Petua Untuk Hati


Lewat kebelakangan nie..ade saje yang xkena..ada juga yang kurang di mata.. Lantas sekeping hati nurani itu terluka..langit mendung sentiasa..Parahlah orang di sekitar ia terus berlarutan..malah mungkin beri kesan kepada fizikal mentelah mental dikuasai emosi..jadi saya nak berkongsi tentang Petua untuk HATI.



Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.





  • Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaliknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan seharian, menulis blog dan sebagainya. 
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

- wallahualam -


***" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 Islam yang masih  hidup mahupun yang telah meninggal"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself