Fikiran lewat pagi..
6.30 am IRAN
3.00 am MYR
Awal pagi ni, rindu pulak dgn parent aku..jauh di mata dkt di hati.. walau kadang ade salah faham..ade terbit rasa geram tapi itulah emak dan ayah terbaik dicipta untukku..
Pengorbanan ibu bapa terhadap kita cukup besar korang tau tak.. Tak dinafikan pada zaman moden dan canggih ni..banyak anak-anak yang terabai.. Lebih banyak membesar dibawah jagaan orang gaji.. Lebih banyak masa habis bersama kawan-kawan..sendirian.. kepada yang melalui hidup sebegitu mengertilah..bukan parents korang tak sayang..cuma mereka sibuk mencari rezeki utk melengkapkan keperluan korang jugak..tuk masa depan korang gak kan..cuma berilah sedikit pengertian..kerana mereka juga manusia biasa..
Memang aku faham, ada parents yang agak kasar dalam mendidik anak-anak (garang). Namun sebagai anak kita harus fahami hati dan perasaan parent kita, kenapa mereka wat macam begitu..cam na..cam tu..cam ni..Sebabnya sudah pasti tidak ada parent yang tidak sayang pada anak-anaknya...
Aku pernah baca tentang sabda Raullullah S.A.W, tp xingat bila dan dimana, klu xpasti diriwayatkan oleh sababatnya juga tentang ibubapa ni. Antara yang aku ingat:
Apakah amalan paling utama?
Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.
Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa.
Aku pernah baca tentang sabda Raullullah S.A.W, tp xingat bila dan dimana, klu xpasti diriwayatkan oleh sababatnya juga tentang ibubapa ni. Antara yang aku ingat:
Apakah amalan paling utama?
Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya.
Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa.
Jadi sekarang kita ketahui, betapa pentingnya kita sayangkan ibu bapa kita. Menghormati mereka adalah segala-galanya dalam hidup selepas menunaikan suruhan ALLAH.
Mengingkari perintah parents dan tidak berbuat baik terhadap mereka termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut perkataan 'uuh' atau 'aah' dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara kita yang mencerca, menyakiti hati, memaki dan memukul parents mereka..
(cakap pandai kan..anak sape lah ni)
Kita harus menghormati parents dalam apa jua keadaan pun. Walau parents marahkan kita sekalipun atau mereka tidak setuju dengan pendapat yang kita luahkan, janganlah kita menunjuk sikap berkurang ajar. Ada sebab kenapa bila berlaku setiap penolakan dan ketidaksetujuan itu.. Cuma bila kadang hati meradang, tengah panas, kita xdapat berfikir dengan rasionalnya, berlakulah keadaan dan situasi yang xsepatutnya..kata orang lain yang difikir lain yang dibuat..
Zaman sekarang nie. bukan sahaja kita mudah membantah kata-kata parents dengan sesuka hati jeer, malah kerap menengking mereka sewenang-wenangnya..Yelah dah besar, tinggi lampai, dah panjang, belajar dh mencecah langit, dh berjalan jauh ke dalam tanah, ingat diri sangatlah pandai, sampai dah xtau macam mane nk bercakap dengan baik sama parents..Astaghfirullah..minta ku dijauhkan buat begitu pada parents ku yang tercinta..
Bagaimana kita bisa menengking orang yang telah mengandungkan kita, bersusah payah ketika kita sakit dan deman. ketika kita susah dan kepayahan.. Jika sekalipun tak setuju dengan apa yang mereka perkatakan, jika marah sekalipun dengan tindakan yang telah diambil mendahului korang dalam apa jua permasalahan, kita hendaklah berbicara dengan mereka dengan penuh adab sopan. Selagi ibu bapa kita tak menyukutui ALLAH, selagi itu kita harus taati mereka. Bergaullah dengan cara yang baik. Kunjungi mereka. Jangan sesekali menyimpan dendam.....
Sungguh rindu ini menggamit..cuma beberapa hari lagi..Insyallah..Dan ketika ini kesedaran yang cukup kuat timbul dihati ini..Ya aku memang degil, tapi setiap keberalahan aku ada batasnya..Bukankah marah ayah tu ade sebabnya..Nak tengok aku berjaya, bahagia.. Cuma kadang hati ni sedikit membantah dan memberontak walau ia tak terpamir di mata mereka..Dalam hati pun dah dosa kan.. Astaghfirullah..
Ahh..orang tua..kadangkala tidak difahami perangainya..Mungkin tidak tahu mahu meluahkan kepada sesiapa, aku juga yang jadi sasarannya..Tetapi aku harus sedar, bagaimana marah jua pun ayah, dia tetap ayah aku. Dia yang satu ketika dahulu bersusah payah menyekolahkan aku..
***Thanks ALLAH beri aku kesempatan menyedari ini semua..
Pada sahabat di luar sana..hayatilah..semoga beri manfaat dan panduan untuk kita bersama dalam mengharungi hidup ini..
Alhamdulillah..that u dik?
ReplyDeleteQ tu adalah riwayat drpd Abdullah bin Mas'ud r.a, dia bertanya pada Rasullullah SAW.
wah..ni kah dia 'umi soleha'? :P
ReplyDeletemacam kisah alqamah..dia pernah sakitkan hati ibunya sbb wife dia..azab dia berakhir bila ibu dia memaafkannya..
ReplyDelete