Minggu Ketiga (02-08 May)



02 May 2010 (Sunday)
Dari rumah agh..cab hantar g airport..Kejap pelukan Dania..aku akan rindu lagi dgn gadisku ini..Insyallah panjang umur,murah rezeki bertemu lagi.. Jojo beria nak hantar..tapi xperlulah..

Sampai je cab..bersama linangan air mata Dania peluk seerat-eratnya.. 'LOVE YOU',ringkas ucapan tu..menitiskan air mata yang aku cuba tahan dari tadi..

Tak sedar dah sampai airport..penat betullah dgn beg-beg nie..

"Oii..pasport la..berangan kat situ apasal..nak tukar location ke..".

Ish..dak chell nie kalau nak melalak xkena masa nie apasal..mesti sebab geram dengan aku tak hilang lagi nie.. :P.

Dalam pada menunggu minah nie selesaikan urusan..Aku pusing-pusingkan mata meninjau keadaan sekeliling..ramai juga orang-orang China nak g Iran..mestilah nak melancongkan..Masing-masing memakai tudung di leher.Kamasukan ke Iran memerlukan pelancong memakai tudung kepala.Tapi itu bukan halangan bagi mereka untuk terus melancong.Orang begini mesti diberi penghormatan.Tidak kira bangsa or agama..Salute u all!!..

Tengah-tengah dok menayang muka dengan orang..aku disapa orang yang duk sebelah aku nie..pompuan..dia tanya aku sesuatu..melaui speaking dia aku faham sedikit-sedikitlah..tapi tak sepenuhnya..then aku agak-agak je..aku explain ape yang dia tanya..penat aku explain..xde reaksi..angguk tidak,senyum pun tidak..macam orang bingung..dia pandang je muka aku..habis je aku cakap dia pandang muka aku pastu dia angkat kaki gitu jer..no thank pun..ish..ape manusia nieh..(dalam hati lah..geram pulak..xpelah..yang penting dia paham)..

Terkejut beruk aku bila chell tepuk bahu aku..haa..kena ko aku sepuk sekali..tu lah xreti-reti bagi salam..main sergah-sergah jerk..aku cerita cat dia pasal pompuan tadi..tergelak-gelak dia terbahak-bahak..ish..sewel ke ape budak nieh..sudahnya chell tanya ape yang pompuan tu tanya..aku ulanglah balik tapi dalam versi aku la..

"Itu orang Irish la..ko pulak cakap ong putih ngan dia..mane dia paham slang kita".

Penghabisannya aku pula yang gelak..cakap sorang-sorang rupanya aku nie..

Announcement..then berlepaslah kami.. meninggalkan bumi scotland..



03 May 2010 (Monday)
Cuaca di Iran yang sejuk memang cukup menggembirakan sesiapa yang berkunjung ke sini..Terutama pelancong yang datang daripada negara tropika.Orang-orangnya yang peramah agak memeranjatkan aku dan chell. Apabila kitorang bertembung dengan orang-orang Malaysia,ada yang bersalaman dan ada yang mengambil gambar.

Hari nie kitorang ke pantai yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Taheran.

"Nak berenang chell?"

"Im not swimming if weather like this,are you lost your marbles?",terbeliak matanya dengan soalan aku..

"La,ko jugak cakap,hidup perlukan cabaran."

"Tengok cabaran macam mane la..kalau cabaran wat aku mati,wat ape?"

"Tak matilah kalau berenang dalam laut macam nie.Kalau Tuhan xmengizinkan ko mati,tak matilah..".

Terbelalak mata dia..suka aku tengok..sudahnya kitorang gelak terburai..

Banjaran Gunung Alborz yang memanjang dan masih dilitupi salji memang menawan.Gunung di Iran tidak seperti gunung di Malaysia yang sarat dengan tanam-tanaman dan pokok yang tumbuh menghijau. Di sini gunungnya diliputi salji yang masih belum cair akibat kesan musin salji yang lalu..Kaki bukitnya pula yang ditumbuhi pohon-pohon renek.


Puas kami bergambar berlatarkan gunung Alborz yang dikenal 'North Star' di kalangan orang Iran.






04 May 2010 (Tuesday)
Pagi-pagi lagi aku dah keluar..si minah ni tido lagi..biarlah..Aku menuju ke Emam Khonemi Square..Tempat orang jual bunga ros segar..macam kat Cameron tu..segar-segar belaka..tapi xde niat di hati nak beli pun..











                       Cantikkan??

         Memang cantik!!!!!!!








Indahnya..cantik betul..GA selalu bagi bunga dalam MMS je..real nye xpernah..then aku di sapa..


"Hai,saya Amy. Saya  minta maaf kalau kedatatangan saya mengganggu doktor.."


Amy yang kelihatan sopan itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan salam padaku. Aku sambut salam itu dengan seribu satu pertanyaan.Apakah aku mengenali perempuan ni? Tapi dia cakap melayu la pulak..


"Tak mengapa,saya...",kata-kataku dipotong..


"Awak puteri kan dari Malaysia", aik nie sudah lebih,macam mane dia kenal aku nieh?ish..musykil ni...???


"Emm..duduklah..Mane saudari tau nama saya?",soalku.


"Panggil saje saya Amy..Saya teman Daniel.",ohh,terangkat keningku..tanganku mengawang,nak tanya tapi macam xkena dengan ayat nak diluahkan..


"Saya tahu..Saya dengan Daniel dah kenal lama..sebelum dia mualaf dan married sama Evy..Saya jumpa dia semula masa di Jepun.Dia selalu cerita tentang awak masa kami sama-sama study di Rusia dulu..Dia pernah cakap dengan saya lepas terjumpa di Jepun sebelum balik dan akan terus stay di Malaysia.Mati dekat Malaysia. Dan sekarang Tuhan banyak besar kuasa dia.Dia pulang Malaysia untuk mati".


Aku lihat mata minah nie dah merah..sedih dan sayu agaknya..ish dia bukak cerita yang yang hampir 6 tahun dah berlalu..memanglah dia nie..Mungkin dia ni bukan kawan pada arwah Along tapi mungkin juga lebih dari tu..


"Daniel bukan sahaja kawan saya.Tapi dia dah banyak tolong saya.Saya banyak terhutang budi dengan dia.Saya tahu saya tak mampu nak balas budi dia".


Aku terdiam..'along',teman ku dalam apa jua masa,ketika dan suasana..kini dia mengirimkan seseorang sepertinya menjagaku..terima kasih abg..


"Dia selalu cerita pasal awk.Saya tahu dia bangga dengan awk..lebih-lebih lagi dengan twin dia..Apa khabar mereka sekarang?


"Danish pass away..he with Daniel now.."matanya seolah berkata-kata lantas aku katakan "Collar-bone cancer"..


"Oh,im sory for that..so sory..


"It ok..,how u can recognize me and how u know im here?


"Danny told me u came here and ur hotel,i go ur hotel and meet with friends Emily..she said u here..Saya tak berapa pandai sangat cakap Melayu,Tapi bolehlah. Saya minta maaf.."


"Tak mengapa,bahasa Melayu Amy dah cukup bagus"..sebab tu aku speaking korea la kono dengan dia sedangkan aku sendiri xreti nak speaking..sejak dua menjak nie lidah aku ditrain GA untuk cakap melayu..walau kadang-kadang tersasul..tapi bolehlah..lagi satu supaya dia selesa bercakap dengan aku..Minah nie cukup cantik..mata hijau lagi tu..mungkin mix punya orang..Napelah along xkahwin dengan dia dulu..mesti kids aku comei macam dia..ish xbaik aku nieh.. :)


Begitu bersungguh-sungguh Amy bercerita..Menawarkan khidmat dia sepanjang aku di bumi ni..Dah la dia xkenal aku..aku pun xkenal dia..Xpe balik nanti aku dapatkan maklum balas dari agh..Rupanya dalam dunia ni masih ade lagi sahabt yang baik dan ikhlas seperti Amy.Ahh..aku pun ade kawan yang baik dan ikhlas..macam agh,jojo,chell,ag..GA?..nie wat aku gelak dengan makhluk yang sorang nie..hampir 3 minggu lost connected..ape khabar la agaknya..


 05 May 2010
Emm..so hari nie dh hari ke tiga..Selepas bersarapan..Kami ke Tehran Bazaar yang berdekatan dengan Masjid Emam Khoneinin. Memang rata-rata tempat di Iran dinamakan dengan nama Emam Khoneimi sejak Ayatollah Ruhollah Khomein merampas tampuk pemerintahan Iran pada tahun 1979 drpd Mohamed Reza Pahlavi yang dipanggil Shah Iran.


Mengikut maklumat yang aku baca..Pembaharuan yang dibawa oleh Shah Iran agak keterlaluan dan persekokolan lelaki itu dengan Negara Amerika membuatkan ramai rakyat marah dan telah menyebabkan pihak pembangkang menakluk Iran.


Walau Shah Iran telah mati di Mesir pada tahun 1980,tapi masih ada jalan raya diletak namanya..


Kembali pada lawatan kami di Taheran Bazaar,macam pasar malam..ade banyak gerai-gerai yang jual barangan seperti makanan,bunga,buah,rempah ratus,barang kulit and sebagainya..


Belum nak beli lagi..so jalan-jalan cuci mata..dan mengenali tempat-tempat yang dilawati..


Then g Ivan-e Takht-e Marmar or lebih senang disebut Marble Throne Verandah.


Kepala aku sekarang ligat berfikir mane nak makan tengahari..Iran memang cantik, tempat berbelanja yang agak murah tapi makanan adalah masalah paling utama sejak aku sampai.. nasib baik negara nii kya dengan buah-buahan. kalau tidak buah ceri,strawberi yang gemuk dan gebu boleh ditukar sebagai sarapan dan juga wildberry serta raisin yang boleh mengenyangkan perut.

06 May 2010
Macam biasa lepas sarapan kami akan merayap..cuma pagi nie chell membebel sedikit..mungkin sebab dah kepenatan..

Sarapan pagi nie roti keras bersama cottage cheese dan juga madu besertakan jeruk timun.. Mula-mula dulu sarapan begini mengjengkelkan..tapi sebab awk ct negara org..terimalah makanan dan budaya mereka tanpa banyak bicara...

Hari nie memang bercadang untuk shopping sedikit..walaupun bukan tebiatku bershopping nie..kerana benda yang dibeli xpenting..sudahnya membazir je nanti..

Aku yang memang sentiasa pening mengira Rial dan Toman, sebab kiraan domestic di Iran menggunakan Toman walaupun semua duit ditulis Rial..

"Nak beli ke?",chell angguk..
"jap,aku tnya"..."Empat puluh ribu rial".

"Mean,four Thousand Toman?",aku angguk kepala.."Empat ribu Toman put,damn cheap!!Kualiti dia macam tali pinggang Dunhill.Kalau empat ribu Toman berapa ringgit Malaysia?"

"Dua puluhlah..hiss".

Pembantu kedai tu tersenyum jer..Selepas dapat ape yang nak dibeli..aku mula tawar menawar.Minta bayaran dikurangkan..Emm..pembantu kedai tu tak tahu speaking la pulak..sudahnya ku pakai kalkulator..Sudahnya aku pun tersenyum..

Selesai je..kitorang jalan..then beli ais krim..emm..dah lama xmakan ais krim.. :P.. Chell beli sekilo buah ceri..Kami jalan kaki menyusur jalan sehingga ke Emam Khomeini Square..

"Telefon abg puteri",tiba-tiba minah nie menjerit...geram betul aku...

Aku toleh arah yang ditunjuknya..Sebuah pejabat yang agak besar..Sejak datang ke sini kami terputus dengan dunia luar. Bukan sahaja susah untuk berhubung tetapi keseronokkan berada di sini sehingga lupa dunia luar..

"Xperlu lah..besok nak balik dah..".sangkalku..dengan muka selamba aku teruskan mengunyah ceri..

Duduk di Iran nie kenyang dengan buah ceri.Sekilo ceri berharga dua puluh ribu enam ratus rial Iran bersamaan dengan tiga belas ringgit Malaysia.

Duit Iran nie ader 2 jenis:
  • Rial
  • Toman
Sepuluh ribu Rial bersamaan dengan seribu Toman.
Emm..nak beli ape ye..bsk nak balik dh..

07 May 2010
 Malam nie bertolak balik..Aduhai..terlalu pantas masa berlalu..begitulah kata-kata chell.. tergelak aku dgn telatah minah yang sorang nie..

"Tu lah,dulu kata tempat nie macam-macam..sekarang xnak balik la pulak..xnak balik kerja ke?".

Mencuka muka dia menyambut kata-kataku..Malas nak melayan kerenahnya..aku teruskan memacking barang-barangku..dan siap asing-asingkan mane yang nak terus ke umah..mane yang nak aku guna untuk stay KL sehari dua nanti..Alahai beg pulak..Nasib bawak..klu x..kamatilani...

Then amik angin kejap ke Emam Khonemi Square..suka aku tengok bunga-bunga segar pagi-pagi macam nie..walau hakikatnya dah tengahari..Then beli buah tangan sedikit untuk yang dirumah..

Baru teringat nak call Amy.. kami lunch bersama..di lobby hotel je..memang asalnya Amy ajak ke Emam Khonemi Garden..tapi aku xnak terkejar-kejar nanti..cukuplah di sini..Bercerita itu-ini...Sesekali dia buka cerita ttg alg..Rindunya dengan abg..xpelah balik nanti ziarah dia..Insyallah..

Wat sekian waktu,Amy menawarkan khidmatnya untuk menghantar ke airport malam nanti..Chell laju menyambut tawaran dia..Disebabkan tertunda..Makan malam lebih awal di Emam Khonemi Garden..Tunaikan hasrat Amy..Tengok dia tersenyum itu sudah bagus buatku..

Selesai urusan pendaftaran..Tergerak aku nak tanya Amy..

"Kenapa ye awak panggil saya doktor?",soalku.
 
"Daniel kata awak doktor dia, dia selalu gelar awak doktor bila dia bercerita awak pada saya..jadi sudah terbiasa gitu",jelasnya..
 
"Xpelah..well just call my name..im not doctor",terangku..

"Just nickname..it ok..have memorial with that name".

Malas aku nak bersoal jawab..Bila announcement dah bernyanyi di corong pembesar suara..kami minta diri..Hope jumpa lagi..take care..

 08 May 2010

Boeing 737, berlegar diruang udara Singapura sebelum memasuki pengudaraan Malaysia da mendarat di KLIA. Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA) tidak begitu ramai orang bila masuk ke perkarangannya. Baru cul 8.55am..pagi lagi dah sampai.. Alhamdulillah perjalanan xcerewetkan diriku.. Mungkin sekarang bukan cuti sekolah ataupun musim Haji, sebab tu tak terlalu ramai orang ct imigresen tadi..








Kemudian g amik beg-beg segala beg..Setelah dapat semua..g tempat simpan bagasi..sebelah kiri dekat surau..Then,go breakfast ct McD..dalam pada menunggu tu..g level departures dgn chell..saje-saje tgk kapal terbang..




Sepatutnya cuti ni ade minggu keempat. Tapi sebab kelas start hari nie..jadi cuti dipendekkan..dan aku telah selamat mendarat di KLIA pagi tadi dan telah kembali ke kelas tengahari tadi..


Memang mengikut perancangan asal aku nak rehat utk sem pendek ni..tapi setelah rehat..keputusan juga telah melegakan aku..nasihat chell yang berjela-jela sepanjang minggu nie..pagi, petang, malam.. disumbatnya telinga aku nie macam-macam sampai xlarat nak dengar..


Have a nice day..





Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself