Adamaya





Aduhai..akasia ni best gak..menggantikan akasia na-o-mei..dah beberapa siri aku tertinggal..dh 2 hari xdapat ikuti ct TV3..sebab xdpt tengok..hati pun sedih..line terlalu perlahan..xdapat nk dunlud...wawawawa..

Ceritanya memang santai..syok tengok watak si Adam (Hussien Ruffedge) ..bertuah sungguh Maya (Lisa Suriani)..kenapa lepaskan ape yang depan..mengejar juga benda yang tidak pasti, tidak tentu kemilikan dan sifatnya lagi..Tapi itulah sifat manusia..apa yang ada depan mata tak dihargai..yang xada tulah yang dikejar..bila dah xdapat baru nak toleh belakang..tapi sudahnya dua-dua terlepas ntah ke mana.. Kalau rezeki dia, yang ditinggalkan dulu untuk benda yang xpasti terima kembali..beruntunglah..kalau x, menangislah tak berlagu jawabnya..

ADAMAYA mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

Perkahwinan mereka diaturkan oleh parent diorang..Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani (Faisal Yusup). Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.


Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?


Cerita ni banyak menyerapkan nilai kesedaran yang tinggi betapa pentingnya untuk mempertahankan mahligai perkahwinan dan institusi kekeluargaan itu sendiri. Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.






**Kepada yang menonton..hayati dan renungilah nilai disebaliknya..
Dan sama-sama kita manfaatkannya..

Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself