Minggu Kedua (24 April-01 May)
24 April 2010 (Saturday)
Emm..6.20am Flight ke Switzerland..Terlalu awal la sgt..tapi lebih baik dari ditunda lagikan..
4 pm waktu malaysia kami sampai di Cristchurch..waktu tempatan tak pulak aku pasti..gelap gelita jer sini..orang pun xramai..beza jam lagi lah aku xtau..ish..ngok betul time tu..yang penting check in dulu..
Jap..okey beza mungkin 12 jam..jadi sekarang cul 4 am waktu tempatan..huh..boleh teruk jet lag kami nanti...tapi masih dalam tarikh yang sama..sebab malaysia dulu siang..jadi tadi kami bertolak kiranya cul 6pm 23 April waktu sini..begitulah perkiraanku..entah betul entah tidak..
Aku dah wat survey..aku nak jelajah The Wizard, Victoria Square, Airforce Museum, Anglican Cathedral, Canterburry Museum, Orana Wildlife Park, Ferrymead Historic Park, Avon River, The Arts Centre and Market, Christchurch Botanic Garden, Robert McDougal Art Gallery, Port Hills dan Farmstay or Homestay di Canterburry..Semua ade ct pamphlet..
Sempat ke aku pergi semua tempat tu..sedangkan kami di sini cuma tiga hari saje..
Emm..rehatkan diri..
Sementelah rehat..di sebelah petang kami mula memanjangkan kaki..
Christchurch terletak di selatan New Zealand menawarkan pelbagai keistimewaannya yang tersendiri..Dgn bangunan bersejarah yang berusia lebih seratus lima puluh tahun, panorama estetik dan seni bina dengan gaya Scotish dan British terutama bangunan-bangunan pentadbiran, cukup mengangumkan..
Menurut Jojo,kalau musim luruh,penerbangan dari Auckland mengambil masa lebih kurang 2 jam..Chrisctchurch International Antartic Centre yang terletak di Orchard Centre berdekatan dengan lapangan terbang utama bandar ini..
Pemandangan di Bridle Path Road memang cantik..Dengan suhu sekitar 25 degree,menyusur dengan gondola di jalanan memang dah cukup buat Dania ketawa..gondola tu kereta berkabel bergerak untuk menikmati permandangan 360 sudut di sekitar bandar.
Senja nie kami memanjat sehingga ke puncak bukit,dapat melihat Banus Paninsula, Tasik Ellesmere dan Pelabuhan Lyttelton...Subhanallah..cantik sungguh..tak tercapai syakirahku!!
Terima kasih pada agh yang menaja segalanya..pada mereka yang yang menghantar perjalananku kali nie dengan senyuman..Pada GA,terima kasih kerana cuba memahami diriku walaupun mungkin teramat sukar sebenarnya..
Di sini, menemukan aku makna hidup dan kehidupan, makna manusia dan kemanusiaan di muka bumi Allah ini.. :::((
25 April 2010 (Sunday)
Dania agak keletihan..jadi kami putuskan untuk berehat disebelah pagi nie dalam bilik jer...
Tengahari kami berpusing sekitar Arts Centre dengan perkhidmatan Christchurch Tramcar. Rancangan awal mahu ke Wellington tertunda..
Christchurch Botanic Garden |
Ini adalah gondola.. |
Sebelah malam kami berpusing di sekitar University of Canterbury, meninjau-ninjau bangunan, panorama persekitaran, suasana pembelajaran, anak warga Malaysia memang ader di sini..Hajat di hati mahu melawat University of Wellington sedikit terubat dengan kedatangan ke University of Canterbury nie..Banyak yang tak terungkap dengan kata-kata..Sesungguhnya anugerahNYA Maha Agung, kurniaanNYA Maha Adil!!
Keadaan bandar di waktu malam |
Laluan pejalan kaki untuk ke Anglican Cathedra |
26 April 2010 (Monday)
Hari terakhir kami disini..esok teruskan perjalan ke Scot pulak..huh..memang memenatkan..tapi berbaloi..
"Kasih sayang tak bersyarat."begitulah ungkapan Jojo ketika kami berbicara fasal nilai perhubungan sesama manusia..
"Setia aja xguna put kalau tak ada tulus, luhur dan jujur yang menghiasi peribadi seseorang dalam erti kata hubungan dua hala khususnya alam perkahwinan. Setia tapi menipu, setia tapi pembohong, setia tapi egois akan merosakkan sebuah ikatan."
Terdiam aku mendengar kata-katanya...Benar!kasih sayang tak bersyarat..
Sepetangan sehingga malam kami berjalan sambil bershopping..ade pic yang cantik..ader yang kureng sikit..tapi adalah sebagai tatapan..
Sepetangan sehingga malam kami berjalan sambil bershopping..ade pic yang cantik..ader yang kureng sikit..tapi adalah sebagai tatapan..
Selamat tinggal Christchurch yang indah,selamat tinggal kenangan,selamat tinggal pengalaman. Sewaktu pesawat Air New Zealand meninggalkan Christchurch, hati bagai dipanggang..Tidak terungkap dengan kata-kata..tapi bagai ader magnet yang mengatakan bahawa kota ini akan ku kunjungi lagi..Sekali lagi aku menempuh penerbangan yang panjang..dua kali stop..Kali nie Ke Scot..Aku akan berjumpa sama chell di sana..seronoknya..tapi nie bermakna perjalanan aku bersama Dania akan berakhir..Dania dan Jojo sampai dah penghujung perjalanan mereka bersamaku..sadisnya..
Xbanyak activity hari nie..just stay at room..packing..then tengahari penerbangan kami...macam dah jadi rutin pulak sejak seminggu dua nie.. :))
28 April 2010 (Wednesday)
Setelah menempuh penerbangan yang panjang..Badanku mula terasa sakit..Tapi melihat kegembiraan Dania..Aku puas hati..Walaupun kesan padaku jugak akhirnya.. Cantik juga rumah yang menempatkan agh dan jojo nie..cantik tull..berkenan u..
nie pulak ct sisi kanan umah..agak besar jugak kolam renang nieh.. memang strategik..cantik bangat!!!!!!!!!!!
Disebabkan kepenatan..kami rehat panjang..Agh cook..cant believe it..tapi kena jugak percaya bila dah sedia makanan-makanan western made in mane ntah.. :)
Jeng-jeng..rasa masakan macam biasa..hahahaha..rupanya chell yang jadi tukonye..hehehe..pandai ha nak nyorok dari gue... temberang je lebih agh nie..maun terbakar dapur tu diwatnya...
Nie pizza yang dicampur pudding..nampak sedap |
Yang nie pulak..burger ciptaannya.. |
Pencuci Mulut..Aiskrim!! |
Nie pelengkapnya..salad.. |
29 April 2010 (Thursday)
Pagi yang indah lagi aman..juga tenang..menghirup udara negara orang..agak dingin sedikit.. Planning agh membawa kitorang ke Selatan Scot nie..dia cakap ct sana cantik..Sepanjang perjalanan kami dihidangkan macam sawah padi..tapi sebenarnya rumput yang menghijau..
Abbey |
Kami melalui Bukit Glenken yang agak tinggi dan Gollaway dalam pada menuruni untuk sampai ke Castle..
Bandar nie dinamakan Dumfries.. Di sini ade Caerlaverock Castle
Perjalanan macam round boards..melalui jambatan Roman untuk pegi destinasi seterusnya..
Iaitu Castle Douglas..Xlah menarik sangat..
Inilah Roman Bridge
Kintyre |
And this Dumries and Gollaway..destinasi terakhir hari nie sebelum pulang ke town..
Sampai town terus g balik rumah..memang makanan susah nak cari di sini..so better cook kan..just security jerk...hahahaha...
30 April 2010 (Friday)
Haaaaaa....Kenapa nak pegi Iran,x ada tempat lain ke? Xtakut kena tangkap ke? Dengar-dengar sana ade pengganas!!"
Pagi lagi Jojo dah kejut..Dia ajak pi Orkney scotland..yang kononya terdiri drpd 70 pulau tu..Tapi hanya 16 pulau berpenghuni..selebihnya jadi habitat makhluk lain la..Ader 2 bandar besar di sana yang menjanjikan tempat shopping yang paling best katanya..
Kalau xsilap dengar dia sebut Kirkwall dan Stromness..boleh dapat sea cliff dan sandy beaches colour white lagi u..Dia kata sekarang masanya untuk pesta Skara Brae..ish..pelik2 jerk..tapi tengok minat chell..nampaknya aku duk umah..sebab badan dah mula sakit-sakit..
Sebut pasal pesta Skara Brae yang akan diadakan di Pulau Barra..xjauh..20 km dari sini..Dkt pulau nie dikatakan ikatan komuniti mereka sangat kuat..Dan yang paling menjadi daya tarikan ct pulau tu ialah Kisimul Castle..
Emm..chell balik dalam kepenatan..dia kata ct sana susah nak amik pic..bila ku mintak utk mendunludnya...aku serve dia minum petang..then kami bersantai di tepi kolam sambil melihat dania tido atas pelampung dalam kolam..dan saat nilah aku menyatakan destinasi terakhir kami..
Begitulah reaksi chel bila aku putuskan destinasi terakhir perjalanan kali ni..
"Itu propaganda Barat,mahu menakutkan orang ramai mengunjungi negara Islam. Kalu nak difikirkan selamat,mane-mane dah tak selamat sekarang ni.Di negara kita yang aman damai tu pun tidak akan selamat kalau kita tak berhati-hati".Begitulah syarahan aku bila dia membangkang dengan pantas dan cekap sekali bila 4 huruf tu meluncur keluar dari bibirku yang comei nie..
"Ok-ok aku xnak berbalah dengan ko..tapi kita wat roaming dulu?",berkerut muka dia wat aku nak gelak..tapi tahan je lah..
"Sayangku intan payung batu delima,sana xde roaming..xtau kenapa kerajaan Iran macam tutup pintu dengan negara luar",cemberut muka chell buat aku ketawa sudahnya..mesti nanti susah nak call hubby kan..
Agh balik dari H dia..berkerut tgk muka chell..aku gelak terbahak-bahak..memang kena sekeh sudahnya dgn agh...agh ajak p isle of skye pagi esok.. Katanya wat activity favourite aku..tempat tu terletak dekat Cuilin Hills..xjauh katanya..let go trekking and walking hills..
Emm..tengoklah esok macam mane...
01 May 2010 (Saturday)
Hari nie kami hanya duk rumah..masak-masak..Main badminton..Sepetangan aku habiskan masa dengan Dania..Bila dia dah penat..then rehat..Sebab aku ingat pesanan Ridh,jangan bagi dia penat sangat..berpeluh sudah..then stop..that more than enough..
Malam tengok movie..nak tahu cerita ape? Gila-gila Pengantin Remaja..by DVD je...Ntah aku rasa aku sendiri tak pernah tengok..Memang tergelak sakan je lah sepanjang tengok cerita nieh..
Lepas habis cerita kami duk di kiosk di luar rumah..begini cantiknya design rumah-rumah di sini..
Agh: "This is first time,but for the first impression this not too bad!"
Cerita gila-gila pengantin remaja nie agak simple tapi padat dengan mesej.
Jojo:"Tu la you,cerita-cerita melayu tolak tepi..memang xpatut. Jadi..jangan pandang rendah pada industri filem Melayu tau! Sejak akhir-akhir ni cerita Melayu sudah semakin menarik. Tak stereotaip".
Chell: "Betul tu,tengok pemilihan pelakonnya, bukan dtg drpd pelakon yang hansome-hansome. Afdlin Shauki, bukannya handsome. Gempal,tapi kita ketawa juga dengan dia dan yang jadi anak buahnya juga melakonkan watak dengan sempurna..".
Agh: " Sedih juga tengok pak usu dengan anak buahnya. Mereka xder harta tapi penuh dengan kasih sayang. Walau ade van buruk jer".
Jojo: "Memang pun,Juliana Banos...alahai apa wataknya dalam filem tadi,melakonkan watak yang cukup baik. Mungkin ada yang salah mentafsirkan..kenapa dia memaksa adiknya bertunang? Tapi dia ader alasan tersendiri. Dia mahu melihat adiknya berkahwin dan bahagia. walaupun masih bujang tapi dia merelakan adiknya berkahwin demi kasih sayang".
Me: "Daripada kita tengok cerita superman,Spiderman ke..cerita-cerita begini ape salahnya kita tengok".
Agh: "Alah,ngata org..puteri tu pun..Lately nie kerap juga g tgk movie yang selama nie xterjangkau dek kaki kan?"
Me: " Dia mungkin xberapa suka menonton cerita romantic comedy nie..Biasanya dia yang tentukan movie ape yang nak di tengokkan.. Mungkin dia lebih suka pada sains fiksyen atau crita violence".
Chell: "Tapi ko pegi jugakkan?"
Agh: "agh tau jiwa puteri lembut walau dari luaran nampak keras..tapi jangan sampai semangat yang keras tu xmampu menampung jiwa yang lembut tu".
Me: "Mungkin cerita puteri macam beauty and the beast...or xlenyap terus".
Jojo: "Tak baik cakap macm tu..tapi kalau cerita macam B&B, seronok jugalah..Heroinnya cantik, heronya xbegitu tampak..tapi kelakar,bahagia".
Agh: "Hai i nie nak campak mane?"
Me: "Tapi put suka dengan cerita beauty dan the beast.Kalau put nak cari suami biarlah put dapat seorang yang macam Vincent yang menjadi beast tu. Dia penyayang. walaupun bergelandangan tapi dia sayangkan anak-anak. Dia sayangkan semua orang. Lembut. Sudahlah dah lewat nie..esok kami nak berangkat awal..jom tido..".
Jojo ngan Chell memeluk eratku..aku tau dalam kitaran kami hanya tinggal aku yang masih terlepas bagai layang-layang tanpa pemain..Agh cuma senyum..
Then ..gut nite..good days...
sok..ade time lg..k p lg nk..
ReplyDeletekorang ni kaya tul lah..sedekah ct aku..
ReplyDelete