Sebuah Syakirah
Hari SABTU, semalaman stay back dengan kalkulator..dengan formula-formula yang panjang..jam dan menunjukkan cul 4.25 pagi..mata mula keletihan.. segera membangkitkan badan..alarm di set..rehatkan mata seketika..
6.25am..Menjerit alarm yang diset..huh,macam xcukup tido..memang pun..Sebaik sahaja solat subuh diakhiri dengan bacaan surah al-Muzammil (orang berselimut). Rasa lapang. Tenang!!
Surah al-Muzammil juga punya kemujaraban,kalau diamalkan..insyallah murah rezeki dan dimudahkan segala usaha.Xtau kat mane dan dimana,macam pernah baca sebuah buku..tajuknya kalau tak silap Amalan Hikmat dan Rahsia dari Al-Quran. kenapalah aku xbeli buku nie masa tu..lupa dah penyebab yang menghalang ketika tu..
Selepas searching untuk melengkapkan maklumat..Buku ini mengisahkan dua puluh ayat yang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Isi kandungannya merupakan petunjuk kepada Rasullulah s.a.w agar menguatkan rohani dalam persiapan menerima wahyu seperti perintah bangun malam untuk sembahyang Tahajud.
Di samping membaca al-Quran dengan tertib, bertasbih, bertahmid dan bersabar terhadap celaan orang yang mendustakannya.. Tanpa sedar, aku merasa dekat kepadaNYA dan lama membenamkan mukaku ke pangkuan.. Moga Allah memberikanku kekuatan.
Beg yang mengisi pakaian aku renung..perjalanan ku bermula esok..moga aku jumpa ape yang aku cari kali nie..Bantahan itu terang-terangan..aku xtau same ader aku kuat untuk hadapinya sekali lagi dan mungkin lagi..Mungkin bersikap seadanya ku ini telah menyakitkan orang sama ada dalam sedar atau tidak..dalam waras atau tidak..Subhanallah..
Bukan sekali kita di uji..Aku tahu itu..Banyak benar rintangan yang harus ditempuh sebelum meraih kejayaan.Aku ingat itu...Bak kata penyair, pelukis dan penulis yang seringkali tulisannya menjadi santapan mata, Siti Zainon Ismail:
"Dua perkara penting dalam hidup ialah rasio dan emosi.
Dengan rasio menjadikan kita berdisiplin dan
dengan emosi menjadikan kita kreatif dan berani.
Tuhan selalu sahaja memberinya dengan uji sebelum memberinya kejayaan impi".
Resah semalam berganti riang..Kalau di ingat itu adalah untuk kekuatan diri, then pasti kembali tenang.Kalau rasio dihadapkan di fikiran, pasti diriku menginjak radang. Sesekali aku tidak akan membiarkan emosi berlanjutan. Waras la aku kembali. Aku sedar ini adalah ujiNYA yang tidak pernah berakhir.Aku menerimanya dengan lapang dada, lapang fikir.
Teringat aku perselisihan faham aku dengan chell yang lalu..mungkin itu dalam sejarah..bulan lalu agaknya..Masa tu duduk salah, berdiri pun salah. Bangun pun salah. Rasa serba xkena. Mengadap nako....menenangkan diri dengan angin malam..Masa tu dah 2 minggu kami xbersuara..Lantaran dia belum balik dan aku belum bersedia bersemuka dengannya..dan malam itu di tepi nako...
"Kau gila put, jangan kau tunjuk lagak. Ini tempat orang. Kalau tempat kita, tak apa. Belajar jadi sabar. Bukan sekali kau di uji, bukankah dah acap kali diri dihalangi?"
"Kau cakap senang. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Cuba kau berada di tempat aku?"
"Betul, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi letakkan rasional di depan kerana sabar separuh dari iman..Kau selalu cakap..Kau lupa tu put?"
Terkedu hati yang sedang radang..Meneliti diri sebentar angin lalu..Benar,berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..aku paham sangat tu..Dah hilang agaknya bongkah kesabaran yang aku pertahankan selama nieh? Pelik, kenapa mesti tanggapan diri yang kuat bertukar menjadi lemah?
Hatiku resah, dada bagai ombak, pantas bergerak turun naik. Begitulah aturan hidup, pahit manis, suka duka, riang ketawa dan pelbagai lagi injakan yang meredah diri. Kadang-kadang tidak dapat menanggungnya sendirian..
Penerimaannya menunjukkan penentangannya..membentangkan ketidaksetujuannya..
Maaf dipinta..Senyum bertukar..Pelukan kejap..Inilah harga persahabatan kami yang tak akan digadai..Langsung ku anggukkan kepala..Perlahan-lahan...menerima maaf teman itu..Air mata cuba ku seka dari merembes..Memang, aku tak mahu menangis..Aku ingat pesan HAMKA:
"Ada beberapa pengalaman hidup kita ini,
mulanya kita sangka buruk, tetapi setelah
sampai ke penghujungnya, barulah kita mengerti
dan rasai bahawa yang buruk itu akhirnya adalah kebaikan".
***Aku harus cekal!!
***Ya,aku perlu hadapi perpisahan ini, sebab awalnya pertemuan yang dirancang..perpisahan adalah kemuncak pada sebarang pertemuan..pasti ader hikmah yang tersembunyi di sebalik semua nieh..
girl..masih igt lg ye...so sory...
ReplyDeletewell see u next week...jgn sedih ye..
kita fikirkan sama-sama nanti ye..sabar tau..
boleh ke..so sad ending..
ReplyDeletesabarlah..
ReplyDeletecite ape ni?
ReplyDeletecite dongeng...ehh..mane ko jumpa blog ni?
ReplyDeletehai aad..xtido lagi ke?
ReplyDeletehai dear...belum..baru got home..
ReplyDeletewhat go in on..nape nak rahsia sgt ni?
sibuklah..g tido..
ReplyDeletek go back study..see u few hour more..
naper aku xader lem list..
ReplyDeletesampai hati betul..