Love...??
Agak pelik dengan budaya tempat nie..memang semua loving-loving betul..dalam setiap sudut, perbuatan, kata-kata, pendek kata semuanya penuh dengan kelembutan dan kasih sayang..rasa senang melihatnya..sampai ada seseorang tu berkata begini pada aku bila aku bertanyakan keadaan tersebut (selepas ditranslatekanlah),
Cinta dapat mengubah rasa pahit menjadi manis
debu bertukar emas, keruh menjadi jernih
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga
derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat
Cinta tidak pernah meminta kerana ia sentiasa memberi
cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam
dan tidak pernah membalas dendam
dimana ada cinta di situ ada kehidupan
dan kebencian pula hanya membawa kepada kemusnahan.
Terkesan dengan kata-kata tu..memang dapat dibuktikan dengan jelas bahawa cinta itu mampu membawa pada perubahan drastik sikap seseorang. Contohnya seperti kawanku, dari sikap keras kepala dan agak pemarah, berubah menjadi seseorang yang bertoleransi..Hanya kerana cintanya yang berputik pada teman yang ditemui..Betapa kuatnya kuasa cinta dengan kehendak Allah.
Dan frasa yang paling dipersetujui ialah "dimana ada cinta di situ ada kehidupan dan kebencian pula hanya membawa kepada kemusnahan". Yang lain tu kalau bertukar semua macam tu..memang hidup senanglah..xpayah g kerja lagi..just sit, fall in love and loving.. hahahahha :)
ko p mane..turki ke?
ReplyDeleteira pun cam tur gak..
ReplyDelete