Menanti..belum dimiliki..
Dedikasi buat semua wanita
yang hatinya belum dimiliki..
(am i?)
Bukanlah daya wanita untuk melamar jodoh
Melainkan ia hadir bersulam cinta, demi kasih
Lalu lelaki itu diangkat menjadi suami
Yang pada bahunya ada tanggungjawab
Yang pada dadanya ada kerjasama
Yang pada hatinya ada jujur dan setia
Yang dalam dirinya ada adil dan kasih sayang
Yang pada suaranya ada impian dan wawasan
Yang pada jiwanya ada rasa prihatin
Jodoh dan lelaki bagai layang-layang
Dihulur tali dia pergi, jauh dan makin jauh
Wanita bukan sengaja menolak menjadi isteri
Sebaliknya, layang-layang di hujung jari
Selalu sahaja terputus tali..
Qadak dan Qadar yang tertulis sejak di lohmahfuz dan tiada siapa yang mampu merubahnya..
aku setuju.. : )
ReplyDelete