Minggu Pertama (18-23 April)
18 April 2010 (Sunday)
CUTI sudah bermula. Sememangnya masa tidak mengunggu sesiapa.Jikalau jarum jam sudah berputar,masa tidak mungkin dapat berulang lagi..Kita harus belajar mengharungi masa..
19 April 2010 (Monday)
Perjalanan ni bermula dengan senyuman...kali ni pergi dengan lega..pergi dengan keadaan yang sangat amat tenang..AG pun dah diexplain dgn lengkap walaupun soal jawab panjang berjela..berhari-hari..penat aku explain benda yang sama..perancangan diubah tanpa pengetahuan aku..no complein,semua agh uruskan..walaupun aku hanya pergi sama Jojo dan Dania..
Sebabnya mudah..semua flight ke sana di tunda..lagipun laluan tertutup..mula hajat nak g umrah pastu boleh g turki..so xjadilah..xpe dalam Malaysia pun boleh..cuma hold beberapa hari jer..
Terbayang bunga kubis, cauliflower, cendawan segar, buah strawberi
merah, Butterfly Farm, robertson rose garden dan ladang teh Boh..
Jadi tempat persinggahan pertama ialah Ladang Teh Boh..
Jadi tempat persinggahan pertama ialah Ladang Teh Boh..
Then minum teh segar di Cameron Valley..nie semasa proses memanjat..memang memenatkan..walaupun kami bukan berjalan kaki..
Berpusing sekitar Vegetable & Fruit Market, Strawberry Park dan Butterfly Farm begitu meninggalkan kesan. Pada awalnya mahu berjalan kaki sahaja tetapi melihat Dania dengan muka monyok, badan longlai, mengundang simpati aku pada anak itu..Memang dia cepat letih..
Semasa di vegetable & Fruit Market
Semasa di Strawberry Park
Semasa di Butterfly Farm
Seharian berjalan ke sini ke mari..Then balik ke Tanah Rata..rest in room only..besok dah turun..menuju destinasi seterusnya..
20 April 2010 (Selasa)
Pagi
lagi sudah bangun..udara segar dan kesejukkan menggigit sampai ke
tulang hitam..sangatlah sejuk..Selepas menunaikan solat Subuh jam enam tadi aku tertidur semula dalam pada menidurkan Dania..badannya xserasi dengan cuaca di sini..Kalau tidak mengenangkan perjalanan yang mesti diteruskan mahu juga aku meneruskan hari-hariku di sini barang sehari dua lagi..
Tetapi ape boleh buat..Tidak semudah itu..Lagipun ader janji yang mesti ditunaikan..
Aku bangkit dari pembaringan jam menunjukkan pukul sepuluh..Jojo belum balik dari pasar tamu pagi..apalah yang diborongnya minah tu agaknya..jangan bunga sudah..Rasa selesa..Segar..Memang dapat lari dari masalah jika ke sini..lupa semua yang selama nie menghuni kepala nie..
Tetapi kata pujangga, jangan lari drpd masalah, jgn masalah menguasai diri, biar diri menguasai masalah, dia ingat tu.. Dan ungkapan itu sering meniti di bibir dari hari pertama aku bergelar siswi dahulu..Tapi ayat nie jadi rapuh semasa hari perkahwinannya..Tumbang aku sujud kepadaNYA..
Ah! Cerita lama..Sudah ditelan masa..Masih lagi disimpan erat dalam kotak fikir. Bukankah itu tidak adil namanya? Untuk diri sendiri dan manusia di sekitar jua? Mengingat sesuatu yang sudah lama ditelan masa hanya membuka diari yang sudah habis diguna,tidak boleh mencatat lagi, sekadar menjadi simpanan, kemudian dibaca semula. Tidak ada apa-apa. Tidak akan menambah keupayaan diri untuk gagah merentangi uji.
LUPAKAN!!,Sekarang urusanku..selesai semuanya..kami mulakan perjalanan menurun..Singgah sebentar di Bee Farm..Ape lagi la yang nak dibeli si Jojo nieh..macam la semua nie nak bawak balik scot agaknya..
Destinasi hari nie ke Stesen Mardi Kluang..bukan Johor haa..nie masih menuju ke utara nun..
Melawat Ladang Lembu dibawah projek Sistem Penghasilan Intensif Kedah-Kelantan..
![]() |
Nie penyelia dia,Puan Noraishah |
![]() |
Antara lembu di ladang yang dibebaskan |
Lembu Baka Droughtmaster |
Lembu Baka Simmental |
Baka Lembu Piedmontese |
Lembu Baka Sahiwal |
Lembu Baka Black Agus |
Sampai Perlis..lewat pagi selepas menyimpang di beberapa tempat di Penang..
sasaran Bukit Kayu Hitam..Walaupun aku ader pegi bebrapa bulan yang lalu..tapi aku tempuh juga..kerana pertemuan dengan semuanya di sana..Di kota sarang semut..
Setelah habis bershopping di tempat bebas cukai..dan tempat terlarang untuk amik gambar..Kami ke Kedah..melawat teman..sambil menikmati sawah padi yang sedang memberat..ader yang dah kuning-kekuningan..masa menuai telah tiba..
Wah makan beras baru la nampaknya..Alhamdulillah..rezeki..
Pertukaran pilot di Tapah..memang memenatkan..walaupun auto..tapi kaki aku dah patah nie..ish tension kepala yang mula nak berpusing..rehatkan diri..nape lah xamik flight je kan..
Sampai KL jam menunjukkan 4 pagi..selera makan pun dah hilang..or sememangnya xde..dah lah tol rawang tadi sesat bangat..nak guna tounch n go...xckup pulak..by cash penuh bangat..dari mane datangnya semua kenderaan nie...
So,rest ct park yull...tomorrow flight pagi...awal pagi tu..jangan xterbangun sudah..
Nie masa dalam perjalanan..xtau hentian ct mane..main snap..rasanye sebelum tapah..semasa merehatkan mata..membasahkan muka..
Hope..tomorrow have a nice day..
21 april 2010 (Wednesday)



21 april 2010 (Wednesday)
Penerbangan Japan Airlines yang dh diconfirmkan semalam dijadualkan 8.25 pagi nieh..Aku dimaklumkan yang penerbangan ni dikronker oleh MyJICA iaitu ahli Persatuan Alumni Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun Malaysia.
Dengan Boeing JL724 kami selamat tiba di Narita Airport dalam cuaca sejuk dengan titis-titis gerimis.Indah betul!!Aku tidak bermimpi! Dh selamat sampai pun..Setelah selesai semua urusan kami bergerak ke Narita Garden Hotel.
Tokyo yang jauhnya hampir 60km dari lapangan terbang semestinya sangat sibuk hari ni.Kota metropolitan serba canggih ni sentiasa hidup siang dan malam.Aku cuba menyelami galur hidup penghuninya dan sama-sama bernafas dalam kesibukannya.
permandangan dari bilik.
Petang ni, kami ke daerah Ashinoko-Hakone, kami makan bento nasi lemak yang sedap dekat kaki Gunung Fuji.
Menurut pemandu pelancong kami, tasik indah ni terbentuk sejak 3000 tahun yang lalu hasil drpd luahan volcano gunung berapi Mt.Hakone.
Banyak sungguh daun yang berterbangan kekuningan berlatar belakang tasik.Ada kapal emas yang berlabuh ct situ..Sangat mengujakan.Lebih kurang setengah jam pastu, langit mula melebarkan warna senja.Sangatlah cantik ciptaanNYA.
Kami bergerak masuk ke pekan kecil Kawaguchi dengan sambutan bunga api..Melihat Dania terdongak-dongak melihat gumpalan bunga api yang cantik di langit dan beberapa kali terpisat-pisat mengesat mata dek habuk belerang yang berterbangan.
Dari balkoni Kawaguchi Seigaka Hotel ni, aku cuba teliti puncak Fujisan itu..klu lah boleh aku tawan kali nie..tapi aku xrasa aku cukup tenaga nk panjat kali nie..tiba-tiba je xde persediaan..memang xterpanjatlah jawabnya..Mendengar gelak Dania, aku berpusing melihat ape yang melucukan tu, Jojo menyarung Yukata, memang melucukan..tapi aku xsampai hati nak gelakkan dia..tapi tetap comei..
Hotel gaya Ryokan (tradisional Jepun) ini menyediakan bilik tatami, yang harum dengan wangi tikar jerami.
22 April 2010 (Thursday)
Cuaca pagi ni amatlah menusuk, aku anggar bacaan dalam 10C,memang boleh beku..Sesuai dengan slogan bendera jepun yang bermaksud land of the rising sun, samalah ertinya apabila perlahan-lahan kelihatan sinar mentari mulai terbit di ufuk timur bagi satu hari yang akan bermula.Sebak rasa hati melihat cahaya itu. Perlahan-lahan, ia berkilauan di celah jajaran gunung-ganang yang melingkari Fujisan.
Beza masa hanyalah satu jam. Jika di Tokyo 8.00 pagi, ini bermakna di Malaysia 7.00 pagi. Tapi 8.00 pagi di Tokyo bagaikan 12.30 tengah hari di Malaysia. Aku turun ke lobi utk wat pertukaran Rm ke Yen. Tukaran Y100 nilainya lebih kurang RM 3.02 sen. Sebotol air mineral di kiosk ialah Y150. Memang mahal, tapi itulah nilai sebuah pembangunan.
Destinasi pertama hari ni, Tokyo Tower yang terletak di Kamiyacho.Xjauh, hanya 20 minit berjalan kaki. Menara besi setinggi 333 meter berbentuk Menara Eifffel di Paris tu..Mula dibuka 1958, tapi ct negara pun ade Menara Berkembar Petronas yang dibuka pada 31 Ogos 1999.
Puas melihat keseluruhan bandar Tokyo dari puncak Tokyo Tower, kami turun dalam cuaca renyai. Dari Kamiyacho, kami menaiki tren subway (bawah tanah) atau Shinkasen melalui stesen Shinjuku dan Hatagaya menuju ke stesen JR Akihabara.
Akihabara ialah pusat teknologi dan digital terkini. Terlintas di fikiran dan telah menggerakkan hati untuk beli kamera digital berjenama Bluedot yang mempunyai lebih 6 fungsi seperti MP3, MP4, still digital foto, recorder, video recorder dan satu dua fungis lagi dengan harga Y17, 500 (lebih kurang RM500).
Tengahari tu dari Akihabara, kami ke Yoyogi Mosque di Uehara, Tokyo, masjid paling besar di kota metropolitan nieh.. Ada juga yang memanggil Masjid Turki sebagai mengenang sumbangan masyarakat Turki mendirikan masjid ni pada tahun 1999.
Seusai di sana kami pulang dengan shinkasen, makan malam salmon separuh masak dan bento gaya jepun, kami pulang ke bilik..
23 April 2010 (Friday)
Sebaik habis solat zuhur di sebuah bilik yang dikhaskan di restoren Maharaja, tempat kami lunch hari nie, kami bergerak menuju destinasi seterusnya..Masih terasa nasi beriani setelah perut meragam xmahu makanan Jepun lagi..
Menuju ke Nakamise Dori berhampiran Sensoji Temple di Asuka. Di sini ada beratus-ratus jualan barangan cenderamata yang datang dari seluruh Jepun..Sebut saje Kobe, Fukushima, Kyoto, Nagoya, semua ade..macam Pasar Seni ct KL tu..
Selepas selesai semua yang nak dibeli dan diborong oleh wanita-wanita yang memang suka bershopping ni, kami pulang ke hotel..rehat, berpacking, bsok flight pagi..
seronokkan?agh harap semua sihat..so meet u all lusa..hati2 dlm perjalanan..take care..
ReplyDelete