Panduan Memilih Pasangan Hidup



Bagi wanita-wanita di luar sana yang masih sendiri..masih memilih..masih menanti yang pasti masih sendiri atau sudah kembali sendiri...Kadang-kadang isu jodoh, kahwin sangat merimaskan telinga..malah penat juga lidah dan nada dari peti suara menjelaskan saban waktu tentang keadaan diri dan dilema hati sendiri..Al-maklumlah, nama pun manusia kan, sukarlah nak memahami diri orang lain, sedangkan diri sendiri kekadang terkeliru jugak dalam menilai hati sendiri, betul x?


Jadi cuma nak kongsi, hasil bacaan, bebelan, omelan, syarahan, yang sewaktu dan sebaris dengannya lah tentang pemilihan nie...Sudah pastinya kita ingin yang terbaik..bak kata om putih best in the world lah..no second, just one and only that one..


Islam telah menggariskan empat ciri pemilihan bakal isteri dan suami.
  1. Pertama, carilah yang cantik rupa parasnya.
  2. Kedua, carilah yang mempunyai harta,
  3. Ketiga, carilah yang baik keturunannya,
  4. Keempat, carilah yang beriman.
Di antara empat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan dalam membuat pilihan.


Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia.Bagi orang tua pulak,mereka lebih kepada memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan.


Sesungguhnya, anjuran Islam ada fadilat yang tersirat. Rupa paras dan harta benda tidak akan kekal lama. Tapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkahnya.


Secara fitrahnya, sebelum pasangan teruna dara menikah, segala-galanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan begitu juga sebaliknya. Semuanya nampak indah. Tetapi setelah menikah, akan mula terserlah perilaku sebenar masing-masing. Masa ketika ini, pelbagai masalah mula timbul. Itu tidak kena, ini tidak kena. Akhirnya mahligai bahagia dipenuhi sengketa dan prasangka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dapat dihadapi dengan sabar.


Disinilah kelebihan iman. Disebabkan itulah, Islam menggalakkananda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utam pemilihan pasangan hidup aga mahligai bahagia selamanya. Seperkara yang perlu diberatkan dalam membuat pilihan, usah sama sekali terburu-buru.Selidik dahulu latar belakang pasangan agar kita tidak tertipu dengan kebaikan secara lahiriah yang ditunjukkan. Mudah-mudahan, dialah pilihan terbaik yang akan berkongsi hidup dengan kita hingga ke akhir hayat.






Buat sahabatku Dayang Nadzirah dan pasangannya...
Selamat Pengantin Baru..
Semoga Bahagia ke akhirnya..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself