Menanti..belum dimiliki..
Dedikasi buat semua wanita yang hatinya belum dimiliki.. (am i?) Bukanlah daya wanita untuk melamar jodoh Melainkan ia hadir bersulam cinta, demi kasih Lalu lelaki itu diangkat menjadi suami Yang pada bahunya ada tanggungjawab Yang pada dadanya ada kerjasama Yang pada hatinya ada jujur dan setia Yang dalam dirinya ada adil dan kasih sayang Yang pada suaranya ada impian dan wawasan Yang pada jiwanya ada rasa prihatin Jodoh dan lelaki bagai layang-layang Dihulur tali dia pergi, jauh dan makin jauh Wanita bukan sengaja menolak menjadi isteri Sebaliknya, layang-layang di hujung jari Selalu sahaja terputus tali.. Qadak dan Qadar yang tertulis sejak di lohmahfuz dan tiada siapa yang mampu merubahnya..