Bersyukurlah Apa Yang Ada..





Kering airmata mengalir ke muka
Meninggalkan kesan sahdu hiba
Merobek jiwa parah luka
Mencari arah cahaya sinarNya
Kemana dimana langkah akhirnya

Dalam puisi kias berbunga
Diajar dengan mata pena
Tanpa diduga terhasil citra
Perjalanan demi perjalanan Dia
Merungkap rahsia demi rahsia

Tanah berdiri menjadi manusia
Dipijak dilangkah jua akhirnya
Bila puisi akan berbicara
Dan siapakah pendendangnya
Akukah? Sedang aku tidak mampu bersuara
Hanya Dia mampu berkata

Jasad yang dihias didunia
Jatuh reput ke tanah jua
Adakah aku ingat wajah pemberianNya
Sedangkan aku tiada wajah rupa
Ya Allah… mengapa wajah aku tidak seperti mereka
Engkau hias wajah mereka
Sehingga sempurna kejadiannya

Hujan memayungi menyelimut hiba
Memberikan semangat kawal luka
Aku merayu kepada Maha Pendengar derita
Berikanlah aku kasih walaupun kain yang hina
Agar dapat tutup gegendang telinga
Supaya tidak terasa kesunyian suara

Hujan berlari menghilang entah kemana
Digantikan cahaya mengindahkan suasana
Aku kembali berdiri semula
Walau tiada apa
Tetap aku bersyukur
Kerana aku berdiri didalam agamaNya
Islam agama yang mulia


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself