4th years


3rd May 2012



Kasih sayang umpama air. 
Tanpa air ,kita akan kehausan.
Kasih sayang umpama udara. 
Tanpa udara, sesaklah nafas.
Kasih sayang umpama mentari. 
Tanpa mentari ,tiadalah cahaya.
Kasih sayang umpama bulan. 
Tanpa bulan ,tiadalah seri.


Namun dalam kesibukan manusia bekerja, sibuk mencari wang, sibuk meningkatkan prestasi diri sehingga mengabaikan nilai kasih sayang di dalam kehidupanku ini. Sesungguhnya sifat kasih sayang adalah milik setiap makhluk. Janganlah kalian persoalkannya. Lebih baik suburkanlah perasaan kasih sayang di dalam diri masing masing sebelum terlambat. Apatah lagi ,kita diajar dan dididik oleh Nabi SAW untuk sentiasa berkasih sayang. Alangkah indahnya hidup ini jika kasih sayang ada di mana mana. Lebih indah lagi andai kasih yang dicurahkan itu kerana mengharap redha Allah SWT. Bukannya saling meruntuhkan antara satu sama lain. Tidak aku nafikan setiap insan inginkan kebahagiaan, tetapi kebahagiaan yang sebenar ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian kehidupan. Sesungguhnya hati adalah sumber kebahagiaan. Jadi kita perlu menjaga kesucian hati kita. Tapi tidaklah adil kiranya jika kalian mula mengocak ketenanganku, sedangkan aku sama sekali tidak mengganggu kalian hatta sesaat. Cemburu dengan kasih sayang yang dicurahkan ataupun benci dengan ketenanganku? Untuk memperolehi hati yang tenang dan suci, kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan dan tindakan kita dari hal yang dilarang oleh Allah. Dengan hati yang suci bersih, insya'ALLAH kita akan menikmati kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 


ANDA BUAT, ANDA DAPAT
HATI IKHLAS, PASTI DIBALAS



Published with Blogger-droid

Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself