me & myself
alhamdulillah..segalanya telah pasti cuma perlu siapkan diri dan tunggu tiba masanya. aku tidak mahu pertikaikan takdir, kalau aku ada pilihan aku tak mahu ingat semua ini, biarlah aku kekal di awangan jika aku tahu kebenaran ini sangat menyakitkan, sungguh melukakan.. tapi itulah sumber kekuatanku untuk terus mengorak langkahku. memang takdir kadang-kadang mempertemukan aku dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa aku rasa kesedihan juga kehilangan. tapi, takdir juga menerpa aku dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahkan kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban dalam meniti episod kehidupan.
aku dihimpit pelbagai perkara hingga aku suntuk tak dapat berfikir dan berbicara. segalanya akan berakhir, bagaimana, dimana dan siapa yang akan terkorban tidaklah aku ketahui. soal dia, 'dia' dan "dia" hanya DIA yang tahu segala rahsia yang masih belum masanya untuk aku ketahui. aku yakin kesabaran ini akan berbaloi, diganti dengan kemenangan, meskipun masa tu sudah terlewat buat mereka patah balik, kerana tiba masa tu aku tiada lagi di situ. tapi aku mahu mereka sedar bahawa setiap perpisahan bermula dengan satu pertemuan dan setiap yang berakhir akan bertukar dengan satu permulaan, dan setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. aku redha dengan segalanya. harapan aku Allah permudahkan segalanya dan beri aku kekuatan menghadapi semua ini.
sungguh rindu ini adalah anugerah terindah dari Allah. =.= alhamdulillah, tapi ingatan ini mencampak aku ke lembah duka. dan pada "dia", terima kasih memahami, dan masih berdiri di sisi, tetapi masa semakin suntuk, sungguh aku tiada hati merungkai kebenaran yang nyata, biarlah kau tahu dari yang lain, bukan dariku. salam ukhwah, salam jumaat. ^_^
Published with Blogger-droid
fill up ur spirit..cont ur step..move on!!
ReplyDeletethank you.. ;)
Deletesetiap perkara dalam kehidupn perlukn kesimbangan..banyak perkara yg berlaku dlm diri kita.sama ada manis ataupun pahit bagi kita.bukan semua orang dapat merasakannya.setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya.kita haruslah berfikiran positive dan bersangka baik kepada Allah swt.jika perkara itu manis ucaplah Alhamdulillah..jika perkara itu pahit ucap Alhamdulillah..
ReplyDeletekerana apa?itulah tanda-tanda Allah sayangkan kita.jgnlah kita berputus asa.
setiap berlaku itu membuatkan kita lebih positive..
Ameen..
bos tak masuk office suda ka? cuti terus ka ni?
ReplyDeletealamdulillah..keep in positive thinking ^_^
ReplyDelete** silly typing.. alhamdulillah =)
DeleteHanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap bolak-balik hati kita.
ReplyDeleteMaka genggamlah janjiMu, Dan sahutlah seruanNya itu.
Moga puan temui peyelesaian segala kekusutan.
Ucaplah ALHAMDULILLAH merupakan tanda kesyukuran kita ketika diuji oleh Allah Taala, juga tanda kesabaran kita menghadapi ujian-NYA.
ReplyDeleteKadang-kadang manusia mudah putus asa akan rahmat Allah sebelum melakukan sesuatu, kadang-kadang manusia terlalu mahukan yang terbaik tanpa berusaha yang terbaik, kadang-kadang manusia jahil dalam ilmunya tanpa berusaha memperbaikinya, ingatlah keberkatan dalam hidup ini perlukan hijrah ke arah yang makruf. Kuatkan semangat mengharungi nya kawan..
ReplyDeleteyg berputus asa drpd rahmat Allah tu yg bahaya tu.. Begitu besarnya pengertian rahmat Allah bg diri sy.. Subhanallah.. Begitu juga puan.. Tabah ok..
ReplyDeletemulakan hari mu dgn tahajud di 2/3 mlm...dan jd sumber kekuatan sebagai seorg hambaNya:)
ReplyDeleteinsyallah tahajud ubat segala penyakit. Yakin lah mimie :)
Amalan ikhlas dan berterusan menjadikan seseorang insan itu zuhud kepada Allah dan seterusnya petunjuknya akan menjadikan kehidupan didunia lebih selamat...insyaallah. awak jangan down ye mimi, awkkan kuat...insyaallah awk boleh lakukannya..
ReplyDeleteThe most destructive weapon we personally possess is our tongue. It can also be the most beneficial when used correctly. It can injure with a stab deep into the hearts of others or soothe it of wounds and pains. Nowadays, tongue merely replaced by the keyboard. Be good in typing. InsyaAllah :D
ReplyDeletekdg2 takdir yang membuatkan payah nk dapat kedamaian... apa pun trus mencari...
ReplyDeleteMaha Suci ALLAH..xt'ungkap sglanya.. sabar ye buddy..
ReplyDeleteTerdapat 2 perkara kita harus lupakan dan 2 perkara kita harus ingat untuk kita menjadi insan yang merendah diri dan sentiasa menjaga hatinya iaitu kita haruslah lupakan keburukkan orang lain.kemudian, kita lupakan juga kebaikan kita terhadap orang lain.Perkara yang perlu kita ingat pula ialah kebaikan orang lain terhadap kita.kemudian, kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain :)
ReplyDeleteMoga tabah sahabatku.. :)
Ukhwah itu indah.. jangan sia-siakannya.
ReplyDeleteSesungguhnya jika aku sedang menasihati atau menegur kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan dan kesalahan pada diri sendiri. tiada 1 pun manusia yg sempurna di muka bumi Allah ini. sentiasalah menerima dan terima lebih dan kurangnya kita. :)
ReplyDeleteaku harap kau temuinya teman dalam pencarian ini. insyaallah. amin.
Allah saja yg mengetahui nilai ikhlas hambaNYA.. n_n
ReplyDeletesemoga setiap hari aku redha menerima setiap ketentuanmu Ya Allah. sesungguhnya kelalaian amat menyeksa kn. harap awk tabah hadapi semua ini. doa sy bersama awk puteri.
ReplyDeleteSebarang kemungkinan yang akan berlaku ke atas kita, bersiap sedialah dengan iman dan taqwa. Mudah-mudahan kita berada di jalan yang lurus dengan pertolongan Allah SWT. Insya'allah. Awak kena kuat mimi, awak boleh lakukannya.
ReplyDelete"Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini"..InsyaAllah..=)
ReplyDeleteUjian tanda kasih sayang dr Allah. Kuatkan hati dan semangat ye puan.
ReplyDeletesesungguhnya mati itu pasti dan sesiapa yg selalu mengingati mati adalah org yg bijak, selain boleh menghapuskan rasa cinta kepada dunia yg tidak kekal.
ReplyDeletesalam gurl..ni lia nak share something, harap boleh bantu puteri sikit.
ReplyDeleteTidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun 64:11)
Saya hanya berpendapat yg belum tentu benar:
ReplyDelete"kita adalah hamba, salah satu dari ciptaan Allah sang Maha pencipta alam semesta berupa isinya dan alam" lain yg kita tidak ketahui.
# semua yg kita punyai dan rasakan adalah kurnia dan rahmat dariNYA. .dan kita tidak mempunyai daya serta upaya tanpa bantuan dariNYA.
#manusia di ciptakan agar manusia mengenal siapa penciptaNYA dan sentiasa menyembah kepadaNYA.
#ALLAH MAHA MENGETAHUI SEMUANYA. . .sedang Allah hanya memberi petunjuk kepada semua yg di kehendakiNYA. . .
Dear friends..Doa senjata mukmin...1 way to communicate with our Creator..So,make sure we do it well..Ikut adab-adabnya..InsyaALLAH =D
ReplyDeleteyo cek, await hang ni..dilanda garuda ka lanina ka tsunami? sihat ka? await la hang sedih2 ni..memang susah nak tinggalkan benda yang dah sangat terbiasa dengan diri kita...but, once u know it's wrong n may lead u to astray, don't hesitate to leave it..Reflect myself ;-)
ReplyDeleteAl-Baqarah, 2:216
kuatkan hati, ganjaran terbaik bg org2 yg sabar.. :)
ReplyDeleteterima kasih kerna allah memeri aku ujian yg hebat..pasti ada hikmah yg tersembunyi..alhamdulilah
ReplyDeletejadi kau juga harus begitu put..sama2 kita syukuri dgn ikhlas ya. :)
sesungguhnya Allah bersama dgn orng2 yg bersabar..biarpun sabar itu segunung kepayahn tetapi hasilnya selaut kemanisan..sabar ye put..aku tahu kau kuat.
ReplyDeleteJadilah seperti apa yang kita inginkan orang lain lakukan kepada kita. Tidak pernah kita mahu orang lain berbuat buruk kepada kita, dan sentiasa inginkan orang lain berbuat baik kepada kita kan? Jadi, orang lain pun begitu. Semuanya perlu bermula dari diri sendiri. InsyaAllah sekeliling kita akan baik! :) Jadi kawan, awak kena cari orang kuat juga supaya awak terus kuat. Ok! Saya tahu awak boleh lakukannya.
ReplyDeleteSmoga drimu dbrikn kekuatan dn ketabahan mghadapi sgla ujian dn smoga dirimu di dlm keredhaanMU,insyaAllah,amin...
ReplyDeleteJgn lah kte myerah kalah whai shbt...allah lah tempat kte mcri kmbli kkuatan yg slme nie nikmat yg dia bg pnjam.. Kini die tarik blik...mgapa?? utk kte lbh mharap kpdNya n mbri peringatan kpd kte yg sering kali leka ngn nikmat dunia yg hanya sementara nie....anda kuat dgn ptlgn allah:-)
ReplyDeleteteguhkanlah iman dalam diri.....moga dikau akan merasai betapa indah nikmat Illahi dan yakin kau akan dirahmati...harus kau percaya dengan pasti dunia tidak kekal abadi.,...hanya menguji cekalnya hati sebagai khalifah sejati...
ReplyDeleteJangan lihat halangan sebagai satu masalah, tetapi lihatlah ia sebagai satu peluang untuk melompat lebih jauh. Minda ibarat ladang yang subur, apa sahaja yang anda "tanamkan", itulah hasil yang anda akan tuai. Lebih kerap "membajainya" lebih cepat hasilnya yang anda akan dapat.
ReplyDeleteJagalah hubungan baik dengan Allah, mudah-mudahan Allah sentiasa membantu menjaga hubungan kita sesama makhluk.
ReplyDeleteSmoga Allah swt mberi ketenangan tuk mu slamanye2..
ReplyDeletedekatkan diri kpdNya... hanya dia tmpt kita memohon pertolongan dan jga utk hidup dlm keadaan yg menenangkan.
ReplyDeleteAllah Engkau dekat.. penuh kasih sayang.. takkan Engkau pernah biarkan hamba-Mu menangis. Kuatkan hatimu sahabatku yang ku kasihi.
ReplyDeleteYa Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk sahabatku ini, maka berikanlah yang terbaik. Pimpinlah hatinya redha dengan ketentuan-Mu, ikhlas pada-Mu. Redhailah kehidupannya, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..."
ReplyDeleteHidup memang keras, dunia memang kejam. Maka kehidupan tak cukup dikisahkan dengan banyak keluhan, bahkan tak cukup di hadapi dengan selalu menjadi benalu di kehidupan orang. Kita harus mampu menjalaninya, walau bersama atau kesendirian
ReplyDeleteHufhh ...
Rasanya memang berat, menjalani setiap ujian yg bertubi.
Tak perlu ditangisi, karena air mata hanya menambah bukti kelemahan diri..
aku hanya mampu meminta agar kau bersabar hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku rasakan "Setiap sesuatu itu adalah dugaan kerana Tuhan tidak menguji sesuatu hamba setelah Dia tahu hamba pasti mampu menghadapinya".Aku tak mampu untuk menasihati lebih daripada itu sahabatku.
ReplyDelete