syakirahku...

alhamdulillah..restu yg ku perolehi lewat pagi sebelum subuh pagi ini amat sangat melegakan ku..alhamdulillah..ini yg ku tunggu..inilah kekuatanku..aku pergi sebelum waktunya..mungkin ada hikmahnya, aku terima..so, just left a next few hour, i just redha and leave it..aku tidak patah semangat sama sekali, ini ujian menguatkanku, jalan terbaik buatku masa ini..lagu always be there-maher zain menemani aku berjam2 menghadap laut sesudah subuh..dah nak siang tu aku memekak lagi dgn lagu wish you were here-avril lavigne, tapi hati segera dipujuk, kerana masa itu tidak akan kembali dan mustahil untuk kembali.


tapi kini hati ku terusik, bila melihat dua keluarga rancak berbicara..maafkan daku wahai mummy dan bonda, keputusan ku tidak pernah berubah hatta 10 tahun akan datang lagi, biar malam bertukar siang, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..biarpun aku tidak mampu ingat apa2 lagi..setiap orang di dunia ini adalah seorang tetamu dan segala yang ada padanya adalah pinjaman..tetamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat dan pinjaman itu haruslah dikembalikan..semoga diri ini tidak lalai dan leka dengan fatamorgana dunia kerana destinasi terakhir adalah akhirat sana..


usaha dan tawakkal berkait rapat di antara satu sama lain..berusaha dahulu untuk mengecapi sesuatu dan kemudiannya berserah dan bergantung kepada Allah S.W.T. sesungguhnya, Allah sebaik-baik pelindungku..aku yakin dan percaya rezeki Allah di atas muka bumi ini amat luas...rahmatNYA berlipat kali ganda dari rahmat manusia..jika rezeki iu milikku pasti akan datang jua padaku..insyaallah....lambat atau cepat itu persoalan kedua..yang pastinya rezeki itu semuanya dari DIA..




mode: sedikit emosi..abaikan..aku yakin ada hikmahnya kena lepaskan peluang belajar itu.. 


Published with Blogger-droid

Comments

  1. agh doakan puteri kuat..nasib sempat packing..jaga diri baik2 ye dik, apa2 call agh cepat2..i pray for u..agh doa puteri berjaya lakukan jika itu yg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agh, ceritalah apa yg berlaku, kita rasa pelik dgn keadaan skrg..email kita nanti ye.. :(

      Delete
  2. selamat jalan ye awk, nanti jgn lupa email sy tau.

    -aziah-

    ReplyDelete
  3. yu huuu..penangan last minite, jgnkan puan, sy jugak kelam kabut terabut memacking ni..jumper dkt airport esok..hhhheeeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la puan, kami dpt arahan pagi ptg ahad tu, so, no choice, tp hari tu admin ada itkn, mgkin ada perubahan tunggu green light dr maam.

      Delete
    2. ada emergency ke? tuan tak ckp apa2?

      Delete
    3. tak pasti la puan, mgkin maam tahu, big boss tak update dgn kami, cuma ckp tuan tunggu sana, en shahrul mungkin tahu, sbb en shahrul pergi jumpa maam dkt kuantan.

      Delete
  4. alaaa..puteri, knp xhabaq dkt sy dulu, sempat jumper lagi x ni, flight awk cul bape sok? sy dtg klia k..

    ReplyDelete
  5. selamat jalan dear, terima kasih luangkan masa dgn sy, insyaallah, moga awk sihat dan kita dapat jumpa lagi..jaga diri baik2 ye sahabatku yg amat ku kasihi..

    ReplyDelete
  6. segala-galanya berlaku dgn kehendak dan izin Allah..senyumlah..walaupun ia teramat payah..selamat jalan princess..take care.

    ReplyDelete
  7. Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..

    ReplyDelete
  8. Kuatkan semangat mengharungi nya kawan..jangan putus semangat, nanti rajin2, dtglah melawat aku k..bukan jauh sgt pun kan..hehehe..klu baik hati eksportkanlah aku malaysian food..hahaha

    ReplyDelete
  9. selamat pergi dan selamat kembali..

    ReplyDelete
  10. so..xjadi smbung belajar la ni??huhu, xgah la pointer sy tanpe awk mimi..anyway, xpe, good luck dkt sane..take care ok..

    ReplyDelete
  11. Dear friends..Doa senjata mukmin...1 way to communicate with our Creator..So,make sure we do it well..Ikut adab-adabnya..InsyaALLAH =D

    ReplyDelete
  12. selamat jalan sahabat, moga kamu terus kuat melangkah..satu step shj lg..takper, mgkin ada peluang kedua utk belajar, berdoa, moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  13. wish u luck friends..have a good journey..insya'allah.

    ReplyDelete
  14. "Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah S.W.T, walaupun hanya beberapa saat." (Azmi Bin Bahari)

    ReplyDelete
  15. bersabarlah di atas segalanya, seperti yg kau kata, pasti ada hikmah di sebalik semua ini..sabar ye..selamat jalan kawan.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, apa yang terbaik untuk sahabatku ini, maka berikanlah yang terbaik. Pimpinlah hatinya redha dengan ketentuan-Mu, ikhlas pada-Mu. Redhailah kehidupannya, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..."

    ReplyDelete
  17. chaiyok! chaiyok! nanti roger sy dkt es ok

    -qistina-

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dkt es ke qis? nanti kirim sofu dgn maam blh?

      Delete
    2. boleh, nanti sy carikan, puan nak berapa byk? cmfirm ke maam tu puan? sihat dah ke nak jalan jauh ni?

      Delete
    3. nanti sy bagitahu kemudian, nanti email sy blh, sekali dgn harga dan jenisnya. sy juga tak pasti qis. tapi mcm firm je tu. insyaallah, kita doa utknya.

      Delete
    4. kuat betul maam tu, mcm org dah tak de perasaan..

      Delete
  18. kekalkan ketenanganmu, itu kelebihanmu..semoga berjaya teman!

    ReplyDelete
  19. salam..akhirnya puteri melangkah juga, selamat jalan sahabatku, moga kita dipertemukan lagi satu hari nanti, insya'Allah. jaga diri bebaik di sana.

    ReplyDelete
  20. puteri, sepatutnya aku gembira, tapi ini sangat melukakanku, seperti mana ia menyedihkanmu. pergilah..doaku bersamamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarlah la chell..aku pun semakin takut tgk dia melangkah begitu..ada sesuatu yg mendorong dia.

      Delete
    2. entahlah lia, jgn kau, aku pun..kau dkt mane ni?

      Delete
    3. yull? tapi aku yakin, dia tahu apa yg dibuatnya ni, aku dah agak, klu dia igt kembali, dia akan pergi xkembali..aku dkt kg, morib pahang ni..sempat jumpa dia masa dia mai kuantan hari tu.

      Delete
    4. hmm..apa yg kita jangka, elakkan, takutkan telah pun berlaku..namun ketenangannya menggusarkan aku..aku harap dia berpijak di bumi nyata..

      Delete
    5. serah padaNYA, insya"allah, dia tak apa2..dia lebih tahu kemampuan diri..kita doakan, kita sokong supaya dia tak rebah..kau jugak kena kuat..

      Delete
  21. indahnya sabar itu mimie..awk dah melangkah sejauh ini teruskan melangkah, sedikit sahaja lagi.. =)

    ReplyDelete
  22. u want leave it? good bye my lovely friends..hope u n safe journey, wish luck for ur future and life..

    ReplyDelete
  23. sesungguhnya Allah bersama dgn orng2 yg bersabar..biarpun sabar itu segunung kepayahn tetapi hasilnya selaut kemanisan..sabar ye put..aku tahu kau kuat.

    ReplyDelete
  24. selamat jalan..semoga selamat pergi dan selamat kembali.

    ReplyDelete
  25. doa sy bersama awk puteri..jaga diri baik2..

    ReplyDelete
  26. ape kes kau ni put? sodih lak ai..await tukar flight, xmau duk sini daa ka..nak pegi cepat2..jgn ikutkan hati tu..nanti jd sekali lagi, kecewa lg..sabaq byk2 na...jumpa aku sblm kau p ok..

    ReplyDelete
  27. oi..ape kau buat ni haaa..sedih lak...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself