my birthday!!
alhamdulillah.. ;) bertambah setahun lagi umur aku, maka bertambahlah satu lagi angka umur aku.. :)
syukur atas nikmatNYA.. dan bersyukur kerana sehingga hari ini aku masih diberi peluang menghirup udara di bumiNYA ini.. diberi peluang sekali lagi ini bermakna masaku belum tiba dan aku harus menghargai dan memanfaatkannya sekali lagi untuk lebih dekat padaNYA, memperbaiki kekurangan diri dan lebih menghargai apa yang aku ada... ;) Insyaallah...
Selamat Hari Lahir to me a.k.a puteri.
Aku yakin tiada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar. Dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. :)
Terima kasih sangat2 kepada mereka yang meraikan hari ini bersamaku.. Aku sangat2 menghargai kalian.. So, entry ni jadi istimewa untuk kalian yang mengingati hari lahirku.. :)
~ Chiffon cake home made from my sis, yang cantik dihiasi strawberry yang aku teringin sangat nak makan..sedap yo.. sempat potong sebelum bertolak pegi camping on friday (30 December 2011)
~ Lemon cake dari my auntie yang dicelebrate di camping site..huhu.. penambah perisa melawan seafood.. (31 December 2011)
~ White cake from my brother.. huhu xboleh tahan.. :P (31 December 2011)
~ Chocolate cake from my sis, sedap betul tapi xboleh lawan indulgence..huhu.. (31 December 2011)
~ Rainbow cake from my parents..best yo..sedap betul, home made from my mummy.. (31 December 2011)
~ Chocolate cake from my brother..ni shop made.. sedap la jugak..tapi span, xsuker... :) (1 Januari 2012)
~ Cupcake dari aziah..twink2x.. ;) (2 Januari 2012)
~oh..slide tu dari mr paparazi..huhu chocolate indulgence and oreo chess cake..hahaha habis dalam perjalanan pegi camp.. (30 December 2011)
~ Another one chocolate cake..from my brother..ni je cake yang berjaya dipotong di rumah..hahaha..licin..(3 Januari 2012 )
~ Brownie cake dari angah, jojo and ely..hahaha celebrate dekat tapaki..cam wedding cake lak..comei u..tapi itulah shop made ni span u..tapi i like.. :) cantik deco tapaki wat..sayang lak rasa nak potong.. (2 Januari 2012)
~ Suprise dari yull..p wedding dia on new year tapi befday cake aku disediakan lak..best giler..ni celebrate dekat hulu langat.. (1 Januari 2012)
Kamkasida..aku mewah dengan kek tahun ni..sampai naik mual nak telan sebarang kek lagi dah..kena diet kek utk beberapa bulan nampaknya..kang gemukzz lak...hahaha
***yull ni bukan triple dah..ni double quad, jangan jeles naaa...huhuhu.. :P
Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya. Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita. Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya. Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin. Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami. Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia. Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan? Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan. Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita. Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita. Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu? Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu. Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain. Ingatlah, hidup kita sentiasa 'berputar'.

Sekiranya anda tahu bahawa hari ini adalah hari terakhir bagi anda, bagaiman anda akan menjalani kehidupan ini? Jadikanlah seluruh harimu hari yang terakhir. Hargai peluang dan kesempatan yang diberi, syukuri apa yang diperolehi.. Ini bukan soal pasangan sahaja, tapi juga ahli keluarga anda juga. Fikir-fikirkan lah..ini bukan soal hari ini, esok, lusa atau tulat, tahun depan, tapi 10 tahun akan datang dan juga selepas kehidupan.
Happy belated birthday boss!!!
ReplyDeleteterima kasih nurul ;)
ReplyDeletemewah boss dgn kek, knp x upload sekali kek celebrate dkt opis.. anyway, happy belated befday...smile always, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia bersama kami dan sihat selalu..u a the best boss!!!
ReplyDeletesama2 boss..
ReplyDeletexpayah bodek azrul, gaji xnaik pun..hehehe
terima kasih azrullah..amin..insyaallah..
ReplyDeleteikhlas la nurul..hahaha
ReplyDeletehappy belated befday friends..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang. bila nak next incoming?hehehe dan semoga sentiasa dibawah rahmatNYA..insyaallah..
ReplyDelete-ira-
p/s: menyampah bila xleh log in.. ;(
selamat hari lahir..
ReplyDeleteselamat hari lahir puteri..senyum sokmo naa...
ReplyDeleteini sudah lebih!! double quad!! adui, tensilot aku dgn kau..hahaha
ReplyDeleteanyway happy belated befday in advance for u..may Allah always bless on you..where ever u go after this, where ever world u keep in, remember were are friends forever..
1 more things..aku nampak titile dgn pic kek je td..xperasan ape kau tulis yang panjang2 dkat bawah tu..
ReplyDeleteso, hargailah mereka yang menghargai kita, tapi janganlah pulak membuang orang tidak menghargai kita.. betul ke ayat aku ni??
terlupa la kawan..sorry k..
ReplyDeleteselamat hari lahir, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bertambah sihat dan berbahagia bersama orang2 tersayang.
bila nak celebrate dgn lia pulak, home made blueberry nak??
selamat hari tua put... dah 25 dah kan..so, semoga maju jaya, berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..amin..
ReplyDeletehadiah xde la erk..curier xsampai malaysia gik..nanti aku roger kau..semoga kau sihat selalu dan SMILE.. =)
fb kau tak function g ke?
banyak nyer kek dik..ari tu kek brownie tu sedekah dkt sape? blh bukak kedai kek gini, nak2 lagi klu cun dapat 25 bijik..hehehe
ReplyDeleteanyway our holiday jadik x? t semua dah terbang ntah bila dapat jumpa lagi..
hepy belated befday..may god always bless on you.. =)
ReplyDeleteselamat hari lahir awak..kami terlupa sgt2x..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan sentiasa dirahmatiNYA..amin..
ReplyDelete