Fahamilah..

Bila ditimpa musibah kita perlu tangani dengan baik. Jika tidak rugilah kita. Lagi besar bencana lagi besar pahala. Allah nak tengok siapa yang terima ujian dia redha, berdoa, berikhtiar dan itulah takdir Allah. Kita tak boleh lari daripada ketentuan Qadar dan Qadha' Allah. Kita tak boleh salahkan takdir. Kita ada akal, ada panduan al-Quran dan hadis. Siapa yang terima ujian dia marah, dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Orang yang redha akan selamat..InshaAllah..

"Allahumma a'inni 'ala Zikrika washuyrika wahusni 'ibadatik. (Ya Allah bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki 'ibadatku kepadaMu).
#Salam Jumaat Sahabatku.

Beralah itu tidak salah, i did. Perkara paling susah, tapi hanya itu yang mampu kembalikan ketenanganku. Hanya itu yang bisa menguatkanku disaat kejatuhan. Jalan ini hanya ada me and myself not included u. Ya, Allah jalan ini bukan seperti yang Kau tunjukkan, tapi bantulah hambaMu, ini yang ku pilih demi mereka semua, biarlah aku lukakan dia, dan korbankan milikku, yang penting tiada yang terluka demi secebis kebahagiaanku. Maafkanku.

Comments

  1. Knp dik? Knp korban kn segala demi org lain?

    ReplyDelete
  2. why? why? we waiting good news!!

    ReplyDelete
  3. kenapa boss? zaman skrg tak payah fikir pasal orang lain lagi. dahulukan diri kita.

    ReplyDelete
  4. put..y u did that? tak teringin ke nak bahagia?

    ReplyDelete
  5. berbaloi kah puan beralah begitu? beri apa sahaj yg org mahu?

    ReplyDelete
  6. masih ada rupanya org berhati lembut spt mu, berkorban utk org lain. pasti kamu sedang sedih.

    ReplyDelete
  7. knp kamu? ingat bawa berita baik. tap[i berita duka begini. sedih kawan kamu tahu tak?

    ReplyDelete
  8. knp entry kau tetiba sedih sangat ni put? kau lukakan sape?

    ReplyDelete
  9. what go in friends? a u sad? something wrong?

    ReplyDelete
  10. like always, kau beralah. kali ni sebab apa? tak salah sesekali pertahankan apa yg kau mahu put.

    ReplyDelete
  11. semoga tabah, beginilah kehidupan.

    ReplyDelete
  12. pelangi indah itu muncul selpas hujan, sabarlah. jika ia milikmu pasti suatu hari nanti akan kembali padamu jua.

    ReplyDelete
  13. Salam..

    celamak ko mie, ni luahan hati ke ape ni..ok ke?

    tp mmg btul la tu, kita ni leh merancang jer, Tuhan yang tentukan segalanya,kdg2 mmg pahit nak telan, tapi kena gak kan..hidup perlu diteruskan.

    eh, ko balik bila?

    ReplyDelete
  14. jodoh kita tue Allah tlh tetapkan.betapa indahnya sebuah perhubungan bila diiringi keimanan dan juga kemanisan serta berlandaskan syariat. sabarlah, pasti ada hikmahnya yg tidak kita ketahui.

    ReplyDelete
  15. Apabila kita mencari kesempurnaan dari pasangan kita, kita akan kecewa kerana sudah tentu kesempurnaan tiada pada dirinya. Hanya dengan redha, bersyukur dan mengingatiNYa lah hati akan menjadi lapang dan tenag.

    Hidup di dunia adalah untuk 'memberi' yang terbaik, bukan untuk 'menerima' kesempurnaan. Kesempurnaan hanya wujud di syurga.

    Moga tabah menghadapi hari2 yang mengecewakan..dan moga kuat bangkit dari kesedihan ini..insyALLAh, saya kan sentiasa doakan yang terbaik buat kamu.

    ReplyDelete
  16. salam puteri..

    perjalanan kendiri memang meletihkan, tapi usahaka ushrah!! gagahkan dirimu..

    tabahilah hati menghadapi keletihan ini..
    memang penat dan tersangat lelah..
    yakin diri..berserah padaNYA

    ReplyDelete
  17. walking blog..

    huhu sad entry
    memang sedih
    saya paham apa yang saudari rasakan
    kerana saya juga juga pernah merasakan begitu
    memang susah untuk bangkit
    tapi harapnya saudari kuat

    tips my blog agains
    ty.

    ReplyDelete
  18. “Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

    ReplyDelete
  19. Salam kak umie..
    Nana bukanlah pandai sangat dalam hal ini..
    Tapi nan jugak nak kongsi sesuatu untuk kak umie..Kalau ia boleh melegakan walaupun sedikit..

    Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya.

    Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

    ''Kekalahan'' untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ''kemenangan" :)

    From Nana Naruto
    Sabah

    ReplyDelete
  20. Bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti.

    Usah mengharap pada yang tak pasti. Usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tak semestinya yang terbaik.

    Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat pada yang sudah pergi.

    ReplyDelete
  21. Salam mimie..
    nape sedih2 ni..
    harap awak sihat dan dalam keadaan baik..

    Saya pun ade benda nak cakap pada awak ni..
    Tapi saya tidaklah setanding dgn sahabat2 yang komen terdahulu..

    "Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

    Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

    Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

    Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..."

    Moga awak kuat..Diorang dkt Iran ni asyik tanyakan awak je..Cepat sihat dan kembali ye..hopefully u take the offer.Wasalam.

    ReplyDelete
  22. walau seberat mne pon dugaan tu..jgn terlalu lemah menghadapi nya..jika kita tidak mampu mintalah pertolongan dari Allah agar tabahkan jiwa ini..jangan biarkan masalah tu membuat kita jatuh dan jangan biarlah kita terlalu tunduk dengan masalah itu..jangan biarkan emosi membelenggu hati,biarlah kesabaran yang membaluti iman yang rapuh..jangan biarkan diri kita terus terusan dalam masalah,bi arkan diri kita terus terusan sabar dalam menghadap cubaan Allah swt yang Maha Bijaksana dalam mengatur takdir para hambanya..

    ReplyDelete
  23. Apabila anda melalui UJIAN di dalam KEHIDUPAN dan ia berasa seperti semua orang MENENTANG anda, anda harus ingat anda akan sentiasa MEMPUNYAI ALLAH. Dia tidak akan MENGHALANG kamu. Jadi, apabila anda dalam KESAKITAN, SERULAH kepada ALLAH, untuk KEBAHAGIAAN muktamad dan KEJAYAAN yang TERLETAK dengan-Nya, yang Maha Kuasa, lagi Maha Tinggi

    ReplyDelete
  24. hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. . . (^_^)

    ReplyDelete
  25. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa dilanda kesusahan dalamsuatu masalah hendaklah dia mengucapkan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil ‘aliyyil-’azhiim’ (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung” (H.R Baihaqi dan Ar Rabi’i) Salam Sayyidul Ayyam buat semua, perbanyakkan selawat dan zikir Ya Allah Ya Allah Ya Allah.

    ReplyDelete
  26. tabahkanlah hati menghadapinya

    seperti mana awak sering mengingatkan saya

    kini giliran saya mengingatkan awak

    -aziah-

    ReplyDelete
  27. senyumlah kerana senyum itu pengubat segalanya... =)

    ReplyDelete
  28. Jadikan Allah yang UTAMA dan PERTAMA..DIA masih sudi menerima rintihan kita, DIA masih sudi mendengar doa-doa kita..DIA masih sudi menerima taubat kita…walaupun diri kita sentiasa membuat dosa dan kesalahan..HEBATNYA DIA..

    Mengadulah pada ALLAH yang pertama, kerana dia jualah yang MENGUJI dan dialah jua yang tahu keupayaanmu dalam MENGAWAL kesulitan itu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself