Tika Diri Diuji
Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Adakala ujian tu datang bersilih ganti, seharus dengan waktunya. Kadang kita rasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju, rasa takut dan hilang arah diri. Hanya kesabaran dan ketabahan diri yang menjadi pegangan dan iman kepadaNya menjadi penguat diri kembali. Begitulah seringnya diri tatkala ujian dan dugaan tatkala menghampiri diri, disaat diri rasa tidak mampu menggempalai nakhoda hidup sendiri. Bila akal dah mewarasi fikiran dan hati memadu kembali kekuatan diri, kesabaran dan ketabahan kembali dicipta, ujian itu hanya menguji sejauh mana kekuatan dalam diri kita. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Kita tidak mungkin dan mustahil untuk mngulang masa yang sudah berlalu. Ia tidak akan kembali hanya semata mengulang kebahagian di masa depan. Kembali berdiri, mengukir langkah, belajar dari kejatuhan dan kesusahan untuk mengukir sebuah kebahagian. Langit itu tidak selamanya cerah, awan mendung pasti datang. Lain orang lain caranya. Alhamdulillah, aku bangkit hari ini untuk hari esok yang belum pasti tiba. Duhai hati, bersabarlah dengan ujianNYA. Jangan berhenti berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNYa sesudah itu.

Comments
Post a Comment