rehatkan hati..


Assalamualaikum dan hi to all blogger and reader.

Setelah sekian lama di publickan, ia akan kembali diprivatekan..rasa tidak selesa kepada stranger dan komentar yang tidak dikenali.. Terlalu banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ni, buat saya berfikir lebih dari sepatutnya, kesannya sakit kepala berterusan dan tidur yang mula tidak menentu.. Malah semakin tidak cukup rehat, buat otak jadi weak dan stuck! Hasilnya, tumpuan pada buku dan kerja sangat2 terganggu.. ;( Semoga kembali kepada asal.. Sungguh tenang... ^_^

Saya sentiasa membiarkan minda khayal dengan perkara-perkara yang tak penting dan lagha.Dibawah minda sedar, hati saya memberontak. Diri saya sendiri tak rela saya terus lupa dan lupa. Disaat saya lapang, saya sering terlupa adanya DIA. Tiba saatnya sibuk, saya masih lagi mempersoalkan kenapa, kenapa DIA berikan saya ujian sebegini. Kenapa tidak diaturkan kehidupan saya yang aturan penuh sempurna? Kenapa DIA jadikan saya seperti saya? Yang lemah hatinya, yang terlupa pada-NYA? Kenapa dan kenapa?? How dare I asked YOU that questions Ya Allah!!! *diam*... Huhu, bukanlah saya orangnya untuk mempertikaikan semua ni, tapi sebagai hambaNYA yang lemah, yang tidak lari dari wat silap, saya harus fikir untuk memperbaiki diri saya menjadi lebih baik. Sebab itu wujud persoalan untuk mencari jawapan dan terus berusaha membaikinya.. Insyaallah..

Hari ni cuti dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengemas rumah, cuci kain yg berkampung, yelah dah seminggu dok bertapa dkt hotel, bila pulak kesempatan nak laundry kan.. Menyiapkan tesis dan assgmnt serta semua work yg bakal ditayang tarakan bulan depan, sebab minggu depan saya cuti..yuhhhhuuuuuuu..best giler... So, menghitung hari untuk pulang bercuti... ^_^

Dan hari ni jugak untuk sekian kali jejakkan kaki ke Firoozgar Hospital..huhu.. Kesedihan bertapak, sayu terundang tanpa disengajakan. Sungguh benteng pertahananku kian rapuh sekarang.. Hidup ini tidak terjangka, seringkali atau capkali apa yang kita rancang dan kita mahukan sebaliknya pula yang datang.. MasyaAllah, saya sering kalah. Namun, buat sekian kalinya saya berbaiah, saya sekali-kali tidak akan mengalah! Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya biarkan saya REHATKAN HATI...

Mana mungkin saya dapat mengelak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu saya buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan saya kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – saya tidak mampu mengawal arah tiupan angin, saya hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Semakin kamu dekat, saya terasa semakin jauhnya kita..

Angkat tangan , " Ya Allah... halakanlah kebingungan pandangan hati saya kepada nur cahaya-MU dan tindakan-tindakan saya yang keliru kepada jalan MU yang lurus... Dan palingkanlah orang-orang yg menyimpang dari jalan-MU kepada hidayah-MU... Ya Allah , lenyapkanlah dukacita saya, hilangkanlah kesedihan saya, sembuhkanlah kesakitan saya....dan halaulah keresahan dari jiwa saya.... " sayu rasanya, tapi apakan daya diri ini, andai ini takdir-NYA, saya terima dengan redha dan ikhlas, insyaallah..



DOA MERAWAT KESEDIHAN


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)





Published with Blogger-droid

Comments

  1. Banyakkan berdoa sahabat..nanti kau blk kita jumpa eh.. Lama dah jan tak lepak...

    ReplyDelete
  2. welcome back dear.. pasni rehat banyak2 k..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself