kerikil & sutera
Before going to my bed.. let me tell you sumthing GFs.. bed? yup almost 7am..In a day when you dont come across any problems, - you can be sure you are traveling in wrong path
Masa belajar bahasa melayu dulu kita ada belajar buat rumusan.. dalam merumuskan soalan yang diberi tu kita kena carik perkara yang tersurat dan tidak lupa jugak yang tersirat. Yang tersurat boleh menghasilkan pelbagai perkara tersirat terpulang kepada si pemikir how far dia boleh relate benda tu. Begitu jugak hidup, cinta, keluarga, kalau karangan enam perenggan pon kadang kite pening nak rumuskan. Apatah lagi cerita 10 tahun yang mungkin ada 10 buku yang kat dalamnya ada 10 chapter. The narrative knows better and she is the best person to conclude what's the end of the story. Well tak salah kutip pengalaman orang tok dipilih which one yg lebih bermakna mana satu yg mungkin lebih menarik..
Perjalanan kita ini sebenarnya satu perjuangan. Perjuangan yang menggunakan akal fikiran. Perjuangan yang memerlukan matlamat untuk mengecapi tujuan. Perjuangan yang sering ditewaskan nafsu dan pujukan. Percayalah, kesulitan dan kesedihan itulah perjuangan. Sedang nikmat ganjaran dan kegembiraan itu adalah kemanisan yang ingin kita rasakan. Aku juga adalah insan. Insan yang tak terlepas dengan ujian. Insan yang sentiasa bergantung denganNya yang memiliki tiap perlindungan. Tidak bererti, nasihat dan ungkapan kekuatan yang sering ku lahirkan, menggambarkan aku ini hamba yang patuh pada perintah dan sentiasa menjauhi laranganNya. Aku juga seperti kalian. Seorang insan yang sentiasa memohon pimpinan. Tiada pengecualian pada diri yang punya jasad dan roh. Selagi bercantum keduanya, selagi itulah perjalanan ini dilalui.
Astaghfirullah...Sesungguhnya, aku bermusafir dibumi Tuhan punya kepayahan yang dihujungnya menjanjikan kedamaian. Berusahalah, kerana Sang Pencipta tidak pernah memungkirinya. Ada bahagia yang menanti aku disana. Ada penawar disetiap kelukaan dalam perjalanan hidupku ini. Andai hari ini, aku ditemani dengan titisan jernih dipipi, hanya kerana ingin mencapai redha dan janjinya, tangisilah ia dengan penuh cinta. Moga Rahmat dan Cinta dariNya sentiasa mengiringi perjalanan si musafir hina ini dibumi Tuhan... aamiin Ya Rabbal'aalamiin.
"Allah, Engkau dekat penuh kasih sayang.
Takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis..."
Subhanallah.
Duhai puteri "Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu.
Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'.
Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?
Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.
"Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."
Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas?
Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah.
Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran."
Suara itu mengingatkan aku ketika aku benar2 kelelahan tidak berdaya..Subahanallah, Maha Suci Allah..Aku perlu mujahadah dalam bersabar..Bukan mudah tapi tidak mustahil..

Published with Blogger-droid
hahaha.. welcomes..dah buka semula :P
ReplyDelete-aziah-