Tersentap

Banyak perkara yang berlaku akhir2 ni.. Buat aku berfikir dan terus berfikir. Sesuatu yang tidak aku duga malah tidak pernah menjangkakannya tapi telah diingatkan satu ketika dulu. Mungkin aku lupa tatkala diri banyak sangat tanggungjawab, bahu digalas seribu satu kerja yang menuntut sejuta perhatian dan penetelitian. Aku tidak sangka dalam keadaan aman dan tenang segalanya boleh berlaku. Satu-persatu mendatang menuntut perhatian bukan sedikit untuk aku selesai dan fikirkannya. Jikalau otak aku ni boleh bersuara pasti ia mengatakan "blank, i'm jammed!". Tapi mampukah aku menolak fitrah sebagai manusia. Hidup ini satu perjalanan, aku bersyukur ditemukan dengan pelbagai perkara yang mengajar aku erti hidup yang sebenar, mematangkan aku dari hari sebelumnya, menabahkan aku dari hari yang lalu, mendewasakan aku tentang kehidupan ini. Tapi tiba satu tahap aku tidak lagi mampu menerimanya. Salahkah aku mempertikaikannya saat ini? Aku juga manusia biasa, tidak lari dari mencipta khilaf, aku perlu bantuan orang lain untuk membantu, mengingatkan, menegurku, membawa aku ke arah jalan yang diredhaiNYA. Subhanallah...

Tersentap aku dari lamunan.. Segalanya amat menguji kesabaran aku, hampir juga sampai ke limit, hampir juga aku kalah dengan ujianNYA. Mimpi indah bukan lagi beerti ianya sebuah realiti. Masa masih panjang. Ya, masih panjang jika hayat dikandung badan, tapi masihkah kita punya masa yang panjang itu? Wallaualam.. Walaupun begitu, aku mengharapkan suatu hari nanti semua mimpi ini akan berubah menjadi realiti walaupun ia menyakitkan. Mungkin sekarang aku yakin, mungkin suatu hari nanti keyakinan ini akan pudar. Kita tidak tahu. Untuk sekarang, mungkin kita perlu berubah, memang perlu. Jika kita tak mampu mengubah yang lain, sekurang-kurangnya, apa yang kurang pada diri dibetulkan, dibaiki. Bukan mudah! Tapi aku mahu walaupun payah kerana masa itu terlalu suntuk dan semakin terhad.

Aku perlu belajar bertenang dan cepat tidak melatah. Walaupun aku memang sebegitu orangnya, tapi kali ni aku benar-benar diuji, hampir juga ketenangan aku diragut saat-saat akhir. Alhamdulillah, syukur padaMU ALLAH, kerana beri aku ketenangan menghadapi semua ini. Aku tidak kuat, aku hambaMU yang lemah, berilah aku kekuatan menghadapinya. Jika kamu lontarkan aku sampah, tidak perlu untuk aku membalas balik dengan sampah. Aku perlu hati yang suci untuk memadamkan amarah, kesakitan, kelukaan dan kekecewaan ini. Ya ALLAH, berikanlah hambaMU ini keikhlasan. Hati ini terlalu kotor, sejajar fitrah manusia. Terlalu payah untuk mengamalkan segala suruhanMu dan ajaran Baginda. Aku bukanlah suci untuk berkata-kata alim, tapi jauh di sudut hatiku, aku harap suatu hari nanti keikhlasan itu akan datang. Walaupun bukan sekarang, moga suatu hari nanti ia datang. Dan tolong, harapnya keikhlasan itu datang sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir. Pada saat itu, semua ini akan tersekat. Dan di hari pembalasan, bukan aku sahaja dipersoalkan, tetapi kau juga.

Tapi ketahuilah kepada sesiapa yang berkenaan yang telah melukakanku, dengan seikhlasnya aku telah memaafkan kalian, tiada dendam terselit di hati. Aku redha dan pasrah dengan ketentuanNYA..dengan ujianNYA.

Dear Heart, Welcome to the Dunya (World) where you can’t be with everyone you love, you can’t have everything you want, and everything is temporary here. But be patient and strive for the Akhirah, you can have anything that you desire, and you can be with whoever you love, and the best part is, everything is forever :)

Comments

  1. Dear Heart, Welcome to the Dunya (World) where you can’t be with everyone you love, you can’t have everything you want, and everything is temporary here. But be patient and strive for the Akhirah, you can have anything that you desire, and you can be with whoever you love, and the best part is, everything is forever.

    Berpeganglah pada hadis ini dik
    insyaallah kamu akan tenang nanti..

    ReplyDelete
  2. salam sahabat..
    sedihnya entry ko..ok ke tak ni?
    jangan fikir bukan2 k..
    nanti semua berterbangan..
    aku tau ko kuat, ko boleh lalui semua ni
    ko boleh harungi semua dugaan ni..

    yakinlah pada hati ko..
    jangan tenggelam dalm kesedihan ini
    mungkin dia juga lapa tidak menyedari melukakan ko
    ataupun dia sedar dia telah melukakan ko
    tapi dia juga hilang punca serta arah
    atau juga sama keliru sepertimu?
    sabarlah..banyakkan berdoa..

    ReplyDelete
  3. Apabila kita mencari kesempurnaan dari pasangan kita, kita akan kecewa kerana sudah tentu kesempurnaan tiada pada dirinya. Hanya dengan redha, bersyukur dan mengingatiNYa lah hati akan menjadi lapang dan tenag.

    Hidup di dunia adalah untuk 'memberi' yang terbaik, bukan untuk 'menerima' kesempurnaan. Kesempurnaan hanya wujud di syurga.

    Moga tabah menghadapi hari2 yang mengecewakan..dan moga kuat bangkit dari kesedihan ini..insyALLAh, saya kan sentiasa doakan yang terbaik buat kamu.

    ReplyDelete
  4. perjalanan kendiri memang meletihkan, tapi usahaka ushrah!! gagahkan dirimu..

    tabahilah hati menghadapi keletihan ini..
    memang penat dan tersangat lelah..
    yakin diri..berserah padaNYA

    ReplyDelete
  5. puteri..keluar sudah luahan yang membelenggu..
    mula2 baca aku pun keliru..
    tak pasti mane satu maksudmu..

    seperti kata yull,
    just willing go..
    kamu akan tenang..
    u a strong dan kind girl..

    seperti hukum karma, buat baik dibalas baik
    buat jahat dibalas jahat
    jangan menghukum
    ALLAH itu maha adil
    DIA mendengar doamu..

    jangan putus asa..aja-aja fighthing!!
    i know u can do it!!!

    ReplyDelete
  6. walking blog..

    huhu sad entry
    memang sedih
    saya paham apa yang saudari rasakan
    kerana saya juga juga pernah merasakan begitu
    memang susah untuk bangkit
    tapi harapnya saudari kuat

    tips my blog agains
    ty.

    ReplyDelete
  7. ✿ Jika dirimu sekarang sedang menunggu seseorang utk menjalani kehidupan menuju redhaNya, maka bersabarlah..
    ✿ Demi ALLAH, dia tdk datang KERANA kecantikan dan ketampanan, kepintaran ataupun kekayaan..Tetapi ALLAH lah yg menggerakkan HATI..hatimu dan hatinya..
    ✿ Simpanlah segala bentuk ungkapan CINTA dn kunci ''hatimu'' ALLAH akan menjawabnya dgn lebih indah di saat yg TEPAT..
    ✿ Yakinlah padaNya..InsyaALLAH...:)

    ReplyDelete
  8. Belajar DIAM
    dari banyaknya
    BICARA,

    Belajar SABAR dari sebuah
    KEMARAHAN,

    Belajar KESUSAHAN dari hidup
    SENANG,

    Belajar MENANGIS dari suatu
    KEBAHAGIAN,

    Belajar KEIKHLASAN dari
    KEPEDIHAN,

    Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,

    Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

    ReplyDelete
  9. Jangan malu utk dekat dgn Allah kalau diri penuh dgn dosa

    SESI merawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah menemukan saya dengan pelbagai latar belakang manusia serta permasalahan dihadapi mereka yang banyak memberi pengajaran serta kesedaran ada sebab kenapa Allah merencanakan kehidupan kita sebegitu. Seorang pesakit memohon bantuan untuk menghilangkan ketagihan dadah yang dideritai sejak 10 tahun lalu. Ditanya kenapa tiba-tiba ingin berubah, beliau yang berumur awal 30-an berkata, kerana kasihankan ibu yang sudah tua dan tidak berdaya. Hidup yang tidak keruan juga menguatkan hatinya untuk mendapatkan bantuan.

    Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan ada kesilapan itu berulang walaupun hati sedar apa yang dilakukan adalah salah bukan saja di sisi undang-undang malah menyalahi ajaran agama, kerana menyebabkan kerosakan kepada diri sendiri. Namun apa yang penting, kita masih diberi hidayah Allah untuk berubah dan menukar kesalahan kepada keadaan yang baik. Tidak kira apa juga alasannya, kesempatan diberikan perlu direbut kerana kita tidak tahu bila lagi kesedaran akan datang jika saat itu gagal dimanfaatkan. Pesakit tadi pernah dipenjara disebabkan kesalahan dadah tetapi yang membanggakan, dia sendiri memilih untuk menghentikan penyakit dihidapi. Memang naluri anak muda, suka mencuba perkara dilarang walaupun asalnya mereka tahu kesan akibat tindakan itu.

    Lagi satu, sokongan keluarga penting untuk membantu ahli keluarga yang berdepan masalah. Jangan kerana dia sendiri yang mencari penyakit maka kita biarkan dia sendiri mencari penawar. Menjadi kewajipan ahli keluarga membantu anak, adik beradik atau saudara mereka yang terjerumus dengan penagihan dadah. Kesudian ibu menerima walaupun banyak kali anak mencuri duitnya untuk mendapatkan bekalan dadah akhirnya menyedarkan anak dosa dilakukan dan menguatkan tekad di hati untuk berubah. Inilah rencana Allah dan ada sebab mengapa hamba-Nya didatangkan pelbagai ujian. Begitu juga dengan pasangan homoseksual yang datang untuk mencari penawar kepada virus HIV yang menyerang tubuh mereka akibat terjerumus dalam hubungan dilarang agama. Walaupun hakikatnya mereka tahu HIV tidak ada penawar tetapi itu tidak menghalang mereka untuk berusaha. Selepas mengetahui kesan akibat daripada perbuatan menyalahi hukum agama itu, mereka mengambil keputusan untuk kembali kepada ajaran agama. Selalu kita berkata, biar lambat jangan tak buat langsung.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya kita tidak pernah terlamat kerana selagi kita berpeluang mengubah keadaan, itulah masa disediakan untuk kita. Kenapa mereka berusaha mencari ubat kepada penyakit dihadapi ialah kerana mereka memikirkan masa depan. Remaja atau golongan muda sering dikaitkan dengan sikap terburu-buru apabila membuat keputusan dan terlalu mengikut hati menyebabkan mereka tersalah langkah. Penyakit atau musibah dari Allah hanyalah medium untuk menyedarkan kita kesilapan dilakukan dan mengambil langkah terbaik menghadapinya, bukan terus melakukan kesilapan sama. Jangan salahkan sesiapa di atas perkara tidak baik yang menimpa kita. Perjalanan hidup dilalui kita atau orang lain ada tujuannya. Allah menjadikan manusia berbeza latar belakang, corak pemikiran serta kurniaan nikmat. Kenapa wujudnya perbezaan ialah supaya kita saling belajar dan berfikir. Jangan sekali-kali menyalahkan Allah, keadaan atau orang lain di atas perbuatan kita dan jangan sekali-kali mudah berserah atau berputus harap.

    Oh, aku jadi homoseksual kerana itulah kehendak Allah. Tidak sama sekali. Naluri itu hanyalah ujian dan bagaimana kita berdepan dengannya, itulah gunanya akal fikiran yang hanya manusia memilikinya. Oleh itu, apa juga keadaan yang kita atau orang lain lalui, ada tujuannya iaitu supaya kita berfikir bukan hanya berserah kepada takdir. Seperti yang saya selalu pesan kepada mereka yang datang mendapatkan rawatan, Allah menguji hamba-Nya kerana kasih sayang-Nya kepada hamba itu. Justeru, dalam kita berusaha mendapatkan kasih sayang Allah untuk menyembuhkan penyakit dihadapi, hendaklah banyak bersabar, berusaha serta tidak putus berdoa. Kesilapan bukan bermakna kita tidak disayangi tetapi itu adalah sebab untuk membolehkan kita mengerti erti hidup. Semoga kita mengambil iktibar dan berusaha memperbaiki diri.

    * Ayat penenang hati untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Surah Ar-Rahman, ayat 21 hingga 60 (dibaca sebelah malam) dan surah Yasin, ayat 72 hingga 83(dibaca waktu siang). Baca surah dan kemudian berdoa kepadaNYA

    ReplyDelete
  11. "Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah... Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak.... Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah...?" - Di antara petikan mutiara kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.:)

    ReplyDelete
  12. ALLAH IS THE GREAT!!!!!!!!!!...........

    ALLAH HAS NO IPHONE OR
    BLACKBERRY, BUT HE IS MY FAVOURITE CONTACT. ALLAH HAS NO FACEBOOK, BUT HE IS MY BESTFRIEND. ALLAH HAS NO TWITTER, BUT I FOLLOW HIM, AND ALLAH HAS NO INTERNET, BUT I'M CONNECTED TO HIM.

    ALLAH IS GREAT! NO OTHER!

    ReplyDelete
  13. KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH

    Ujar lelaki, wanita itu lemah
    Ujar wanita, mereka adalah lembut
    Antara lemah Dan lembut.....

    Besar perbezaannya
    Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
    Telah ditakdirkan ...

    Kerana lembut , wanita
    Tidak gemar perbalahan..

    Kecuali jika terpaksa
    Lalu wanita pun diam
    Diam seolah-olah menerima...
    Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
    Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
    Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
    Dari sebelum tercalit garis putih di
    subuh Hari
    Hingga jarum jam tegak bertindih jari

    Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
    Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
    Isteri dikatakan lemah...bergelut di
    dapur memasak
    Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
    Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
    Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
    Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
    Berehat,menonton TV sambil tergelak

    Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
    Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
    Kakitangan semua digerakkan dengan laju
    Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
    Sebelum solat Magrib untuk sujud...
    Menyembah yang Satu
    Makanan dihidang selepas solat
    Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
    mengaji
    Sedang suami tersandar semula seperti tadi
    Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

    Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
    Lelaki terpelajar celik hati...
    Ingin menghapuskan diskriminasi
    Lantang membela nasib wanita....
    Memberi kesedaran supaya segera bangkit
    Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

    Hukum agama telah terpapar
    Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
    Membasuh pakaian,menyediakan makanan
    Jika suami tidak terdaya melakukannya
    Seorang pembantu wajar disediakan
    Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
    Tidak mampu menerima perubahan
    Rela bertahan bagaimana jua
    Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

    Dalam diam
    Wanita yang sering dianggap lemah
    Meneruskan hidup dalam segala kekuatan....

    jadi saudari anda juga kuat seperti itu..
    moga tabah menghadapi cabaran hidup ini.

    ReplyDelete
  14. Memaaf & Melupakan (Forgive & Forget)

    Maafkan masa lalumu..
    Tawakkalkan masa depan mu..
    Nikmati saat ini..
    Memang memaafkan takkan mengubah masa lalu mu..
    tp ia dapat memperindahkan hari ini..esok...esok..& esok..

    ReplyDelete
  15. Salam puteri..
    sedihnya entry..moga kamu dalam keadaan baik2 aje..

    Kadang kala, langkah kaki saya juga BENGKOK, terpesong dari TUJUAN yang asal..
    saya HARAP di kala itu, kamu dapat MENARIK saya kembali ke jalan yang LURUS ini, kamu pun nak masuk SYURGA bukan?

    saat saya TERLEKA nanti, berilah PERINGATAN kepada saya..saya harap saat itu nanti, kamu juga dapat MEMANDANG saya dengan penuh KASIH SAYANG..dengan penuh rasa BERHARAP, untuk MELANGKAH ke syurga bersama-sama dengan saya..

    tolong jangan TINGGALKAN saya terumbang ambing saat itu, tolong BETULKAN saya, tolong PIMPIN saya..♥♥

    >>> Sahabat, tanda CINTA saya adalah selalu MENDOAKANmu, saya nak masuk SYURGA dengan kamu..

    Jadi kamu perlu kuat untuk bantu dan membantu..kita saling perlu memerlukan bukan..
    jadi bangkitlah..
    kembali seperti sahabat yanng saya kenal satu ketika dulu..
    chaiyok..chaiyok!!

    ReplyDelete
  16. Salam kak umie..
    Nana bukanlah pandai sangat dalam hal ini..
    Tapi nan jugak nak kongsi sesuatu untuk kak umie..Kalau ia boleh melegakan walaupun sedikit..

    Ketawa di sebalik kedukaan adalah untuk menutup rasa kecewa. Memang amat sukar untuk mengukir sebuah senyuman tatkala hati sedang terluka, namun percayalah setiap kelukaan ada ubatnya.

    Usah terlalu gundah, usah mudah mengalah. Percayalah kalah bukan bermakna lemah. Kalah juga bukan bererti kita cepat menyerah.

    ''Kekalahan'' untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ''kemenangan" :)

    From Nana Naruto
    Sabah

    ReplyDelete
  17. Bila cinta putus di tengah jalan usahlah bermuram menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti.

    Usah mengharap pada yang tak pasti. Usah merayu pada yang tak sudi. Cinta pertama tak semestinya yang terbaik.

    Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat pada yang sudah pergi.

    ReplyDelete
  18. Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji,perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik,Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri,maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki.

    ReplyDelete
  19. “Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”

    ReplyDelete
  20. Sekiranya orang yang bertaqwa itu di uji dengan ujian yang bertimpa-timpa,
    Itu juga kasih sayang Tuhan kepada mereka yang tak terhingga,
    Agar dosa di ampunkan atau di tinggikan darjat mereka di syurga,
    Sungguh indah apa yang Allah berikan pada orang-orang bertaqwa,
    Senang atau susah miskin atau pun kaya,
    Sakit atau sihat suka atau berduka,
    Semua itu tercatat disisi TuhanNya

    ReplyDelete
  21. Wahai adikku..

    Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

    Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

    Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

    Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

    Jadi kuatkanlah hatimu. Tabahi hatimu menghadapi semua ini. Akak yakin adik akak ni kuat orgnya..Kamu pasti boleh mengharugi semua ini..InsyaALLAh. Akak akan sentiasa doakan kamu..Banyak2kan berdoa..

    ReplyDelete
  22. Doa Seorang Hamba
    Ya Allah,
    Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
    Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat di jalanMu.
    Terangilah jalanku dengan cahayaMu.

    Ya Allah,
    Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
    Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
    Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
    hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.

    Ya Allah,
    Berikanlah berita gembira buatku,
    dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
    Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami
    hikmah yang Engkau turunkan.

    ReplyDelete
  23. ~ KECEWA ~

    :: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
    ♥ mestilah MENANGIS dan TERKILAN

    :: sebab ?? ::
    ♥ tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

    :: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
    ♥ tak nak PERCAYA pada dia lagi !

    :: macam tu ke ? ::
    ♥ mestilah

    :: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

    sebab ?

    ♥ dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

    ♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

    insyaAllah ◕‿♥

    ReplyDelete
  24. Salam mimie..
    nape sedih2 ni..
    komen2 dkt sini pun bagus..
    harap awak sihat dan dalam keadaan baik..

    Eh gmail awak tu valid lagi tak..dkt sini susah btul nak thru yahoo..saya ade benda nak send pada awak ni, klu dpt reply k.

    Saya pun ade benda nak cakap pada awak ni..
    Tapi saya tidaklah setanding dgn sahabat2 yang komen terdahulu..

    "Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

    Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

    Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

    Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..."

    Moga awak kuat..Diorang dkt Iran ni asyik tanyakan awak je..Cepat sihat dan kembali ye..Wasalam.

    ReplyDelete
  25. Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..

    SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..

    BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terluka..

    BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN..

    HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..

    BERPEGANGLAH kepada Allah walau Dia tidak kelihatan…

    Bukti kasihNya, kita WUJUD di dunia pinjaman ini..ada SEBAB apabila berlaku sesuatu perkara dan YAKINLAH Allah menguji setiap hambaNya..

    ReplyDelete
  26. ALLAH TIDAK BERJANJI kepada kita :

    KEHIDUPAN tanpa KESAKITAN
    KEGEMBIRAAN tanpa KESEDIHAN
    CAHAYA MATAHARI tanpa HUJAN


    Tetapi ALLAH BERJANJI kepada kita :

    KEKUATAN menempuh KEHIDUPAN
    KETENANGAN disebalik KESEDIHAN
    dan CAHAYA-Nya untuk CARA HIDUP kita

    ReplyDelete
  27. Apabila anda melalui UJIAN di dalam KEHIDUPAN dan ia berasa seperti semua orang MENENTANG anda, anda harus ingat anda akan sentiasa MEMPUNYAI ALLAH. Dia tidak akan MENGHALANG kamu. Jadi, apabila anda dalam KESAKITAN, SERULAH kepada ALLAH, untuk KEBAHAGIAAN muktamad dan KEJAYAAN yang TERLETAK dengan-Nya, yang Maha Kuasa, lagi Maha Tinggi

    ReplyDelete
  28. Jadikan Allah yang UTAMA dan PERTAMA..DIA masih sudi menerima rintihan kita, DIA masih sudi mendengar doa-doa kita..DIA masih sudi menerima taubat kita…walaupun diri kita sentiasa membuat dosa dan kesalahan..HEBATNYA DIA..

    Mengadulah pada ALLAH yang pertama, kerana dia jualah yang MENGUJI dan dialah jua yang tahu keupayaanmu dalam MENGAWAL kesulitan itu.

    ReplyDelete
  29. Puteri, aku xdapat login..
    Email aku tak berbalas..Aku kira ko ok sahabat tapi..maafkan aku..

    Puteri, bersyukurlah pada org yg menyakiti hatimu krn dia lah yg menabahkanmu,
    Bersyukurlah pd org yg tidak mgendahkanmu krn dia lah yg mbuatmu lebih berdikari,.....

    Bersyukurlah pd org yg mgkhianatimu krn dia lah yg mbuatmu lebih mgenal diri,
    Bersyukurlah pd yg mperkecil- kecilkanmu krn dia lah yg mbuatmu mgenal abiliti diri,

    Bersyukurlah pd yg mbantu krn dia lah yg mbuatmu tidak terkapai2 sendiri......,
    Bersyukurlah pd yg menasihati krn dia lah mbuatmu sntiasa berhati2,

    Bersyukurlah pd yg sudi myayangi krn dia lah yg mbuatmu rs lebih dhargai..........,
    Bersyukurlah pd yg sentiasa di sisi, krn dia lah yg akan mjadi 'temanmu' hingga akhir nnti.

    InsyaALLAH..
    S.E
    Kota London

    ReplyDelete
  30. walau seberat mne pon dugaan tu..jgn terlalu lemah menghadapi nya..jika kita tidak mampu mintalah pertolongan dari Allah agar tabahkan jiwa ini..jangan biarkan masalah tu membuat kita jatuh dan jangan biarlah kita terlalu tunduk dengan masalah itu..jangan biarkan emosi membelenggu hati,biarlah kesabaran yang membaluti iman yang rapuh..jangan biarkan diri kita terus terusan dalam masalah,bi arkan diri kita terus terusan sabar dalam menghadap cubaan Allah swt yang Maha Bijaksana dalam mengatur takdir para hambanya..

    ReplyDelete
  31. Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. . . (^_^)

    ReplyDelete
  32. Senyumlah andai dirimu dilukai
    Senyumlah andai dirimu dilupai

    Senyumlah andai dirimu dikhianati
    Senyumlah andai dirimu ditindasi

    Senyumlah andai dirimu dibebani
    Senyumlah andai dirimu disakiti

    kerana senyum itu pengubat segalanya... =)

    ReplyDelete
  33. La ta'su min roqhillah. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jd jg kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah mgetahui sdgkn kamu xmgetahui.:)

    ReplyDelete
  34. Bersyukurlah selalu
    Sentiasalah redha dan menerima
    Tiap ujian tiba bukan diminta
    Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  35. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa dilanda kesusahan dalamsuatu masalah hendaklah dia mengucapkan Laa Haula wa laa quwwata illa bil-laahil ‘aliyyil-’azhiim’ (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung” (H.R Baihaqi dan Ar Rabi’i) Salam Sayyidul Ayyam buat semua, perbanyakkan selawat dan zikir Ya Allah Ya Allah Ya Allah.

    ReplyDelete
  36. Kadang-kadang kita TERTANYA dan MEMPERSOALKAN kepada Allah swt kenapa kita diberi UJIAN yang BERAT sebegitu sekali sehingga kita TERLUPA pada siapa yang perlu kita MENGADU segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali KEKUATAN kita..

    ASTAGHFIRULLAH..

    LEMAHNYA dan RENDAHNYA iman kita..tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita..jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar..kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi MUSIBAH yang SAMA bahkan LEBIH TERUK atau lebih besar dari kita.

    Jika rasa TIDAK KUAT, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata SEMANGAT kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita..itulah PENTINGNYA sahabat kerana kita tidak mungkin mampu hidup berseorangan..

    BUT i know my princess not like that..aku tahu dia kuat..aku tahu dia mampu lakukannya..aku yakin dia mampu STEP OUT dari semua ini..

    Insyaallah..doaku sentiasa bersamamu teman.

    ReplyDelete
  37. Titisan air mata MembAWA sERIBU cERITa,

    Pesan baik-baik pada HATI,
    Jangan gembira sangat
    Pesan baik-baik pada HATI,
    Nanti sedih tak ingat,
    Dunia baru nak melangkah,
    Baru nak masuk,
    Baru nak bertatih,
    Jangan sedih-sedih,
    Senyumlah...
    Bukan susah....

    Hati Hampa???
    SENYUM sahaja...
    Hati Nak Menangis???
    Tak payah....
    Senyum sahaja...
    Nanti keringlah dye....
    Ape??? tak boleh??
    Cuba lah dulu...
    Belum cuba belum tahu...

    Hati manusia???
    Siapa boleh baca???
    Cinta dalam hati manusia???
    Asasnya sama... Cuma cari bahagia....
    Berdoalah padaNYA..,
    Insyaallah Allah makbulkan...

    Kalau hati itu hamPa.., Senyum sAHAJA....

    sENYUM Yang Ceria Untuk Hati Yang HamPa.....

    ReplyDelete
  38. tabahkanlah hati menghadapinya

    seperti mana awak sering mengingatkan saya

    kini giliran saya mengingatkan awak

    -aziah-

    ReplyDelete
  39. fuh, comentar yang agresif..teruskan usaha anda menyokong teman kita..chaiyok3x...hahahah

    ReplyDelete
  40. sedihnya entry kamu..kami rasa nak menangis lak..moga kesempatan dan kemaafan yang diberi kamu dihargai dan dimanfaat buat mereka..insyaallah..amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself