Benarlah, Aku Telah Tertipu..

Nampaknya selama ini,
Telah ku tertipu dengan pantulan cahaya,
Hingga menafsir kaca sebagai permata,
Dan pandangan mataku,
Yang dibutakan oleh emosi & nafsu buruk,
Hingga membuang permata yang ku kira ianya kaca.

Sungguh benar aku jahil,
Terburu-buru,
Dan aku benar telah tertipu.
Lalu kini aku menyesal,
Kerana kejahilanku sendiri..

Astaghfirullah hal adzhim..
Mengapa begini sekali aku diperbodohkan?
Mengapa begini sekali aku mempersiakan?

Astaghfirullah hal adzhim..
Cetek benar ketelusan hati,
Dan menilai reluk kilas beza,
Antara hitam dan putih.
Antara kaca & permata,
Antara buruk & baik..

Benarlah aku telah tertipu...

Penyesalan,
Rasa terkilan,
Berputus asa,
Berputus harapan,
Kekecewaan...

Semuanya seakan sudah tiada kegunaan.

Mana yang pergi,
Mana mungkin boleh kembali...

Mana yang hilang,
Mana boleh dicari ganti,
Yang sempurna sama.
Kerana dia.. hanya ada satu.
Hanya satu saja yang seperti dia.

Maafkanlah..
Maafkanlah diriku yang jahil & terburu-buru ini.
Keputusan yang ku rasakan sudah benar,
Rupanya adalah yang terburuk sekali.

Apapun padaNya, 
Tetapku panjatkan kesyukuran.
Kerana terpilih untuk diuji.
Walau carikan ujian ini..
Meninggalkan luka yang dalam,
Serta parut yang sangat buruk..

Benarlah kata Imam al-Ghazali,
Bersahabat dengan tukang besi,
Tercarik baju terkena serpihan api.
Sebaliknya pula..
Wangi bersemi dek sahabat penjual minyak wangi. 

Carilah, Dekatilah & Pilihlah,
Sahabat yang memegang agamaNya sebagai tali hidup.
Sahabat yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup.
Sahabat yang mencintai Allah & memikirkan Allah dalam setiap saat hidup.

Andai kau marah, dia memberikan kesabaran.
Andai kau tersasar, dia menunjuki jalan.
Andai kau tersilap, nasihat nya pula berpandukan Islam.
Kata-katanya manis,
Tiada dendam, perli & keji.
Tiada niat buruk yang tersirat.
Kerana hubungan mahukan redha Allah sebagai ganjaran.

Sesungguhnya, 
Kawan, teman & sahabat itu jauh benar bezanya..

Ya Allah..
Walau aku bukan Asiah Yusra..
Untuk mendapatkan Elya Khadijah sebagai sahabat sejati..

Aku redha..
Kerana aku mengerti..
Kau mahu aku hanya bergantung & berpegang padaMu..
Mungkin jika ku diberikan nikmat sahabat yang solehah..
Dia mungkin akan mencuri perhatianku melebihi diriMu..

Alhamdulillah..
Besarnya ibrah yang kuperolehi dari ujian ini ya Allah...

Alhamdulillah..

Comments

  1. salam gurl..

    mengucaplah sahabat, tenangkan dirimu..
    dekatkan dirimu padaNYA
    insyaALLAH ko akan tenang..

    lumrah manusia salaing melukakan..
    saling menyakitkan
    ditipu, menipu..
    makanan manusia kawan..
    sabarlah menghadapi semua ini..

    ReplyDelete
  2. TRUST is the base of all relations..
    A small mistake can change the whole thing.
    Like missing T can RUST the relationship..

    ReplyDelete
  3. be honest with the people who love you.
    they deserve your honestly.

    ReplyDelete
  4. never regret anything
    because at one time
    it was exactly what you wanted.

    ReplyDelete
  5. i am not the kind of girl
    who should be rudely barging in
    on a white veil occasion'but you are not kind of girl who should be marrying the wrong boy!!

    wake up dear..
    open your eyes
    u will see that!

    ReplyDelete
  6. uit..jangan menyesal
    kalau tak semua yang diusahakan selama ini kana menjadi sia-sia..ingat tak kata-kata ko dulu tu?

    kenapa mesti ko putus asa macam ni
    kenapa give up princess??
    comeback to yourself..
    puteri yang aku kenal kuat,
    tidak mudah putus asa
    tidak benarkan orang melemahkannya
    kenapa jadi begini?

    banyakkan solat dan doa..
    ko suka ngajikan..
    lakukannya, mesti lebih tenang
    kemudian boleh fikir dengan baik..
    banyak2 bawak bersabar..

    ReplyDelete
  7. Ketahuilah di sebalik rasa sedih ini, sebenarnya للّهُ" bakal memberikan kegembiraan kepada kita.. Dan di sebalik kekecewaan itu للّهُ" bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita.. Kerana kesedihan dan kekecewaan tidak bermaksud kasih sayang للّهُ" telah padam untuk kehidupan kita.. Bahkan terus bersama kita.. Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami kehendak hidup ini.

    ReplyDelete
  8. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
    terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
    untuk kita....

    ReplyDelete
  9. 1.Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
    2.Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
    3.Keluar bersama kawan-kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat
    4.Jangan menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif
    5.Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan-kawan
    6.Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda
    7.Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira..:

    ReplyDelete
  10. ALLAH aturkan antara kita SATU pertemuan
    Dlm pertemuan dgn kehadiran DUA hati = saya&awak,
    Dlm hati, Allah berikan TIGA rasa = sayang,kasih & cinta .
    Dlm rasa itu diselitkan EMPAT tujuan = berkenalan, berteman, berkawan & bertemu/bersama ...
    Dlm tujuan itu,tersembunyi LIMA perkataan = teman baik selalu di sisi,
    Dlm perkataan itu tersembunyi ENAM impian = sayang , kekal, setia, mengerti, menghargai& mengingati.
    Dlm impian itu tersimpul TUJUH huruf iaitu "SAHABAT"

    ReplyDelete
  11. TEMAN SEJATI
    Diibaratkan seperti PERMATA berharga dan JARANG dijumpai..

    TEMAN PALSU
    Diibaratkan seperti DAUN, di merata tempat ada..

    Teman yang PALING BAIK adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu TERINGAT akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ILMU AGAMA, melihat gerak-gerinya teringat MATI..

    ReplyDelete
  12. kami rasa dulu kamu amik sains, tapi bahasa kalah pengkarya sastera kan..tapi sedih dan menyedarkan..terima kasih kawan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself