Posts

Showing posts from October, 2011

Aina & Azizi

Image
SELAMAT PENGANTIN BARU  AZIZI & AINA Tarikh: 29 & 30 Oktober 2011 Lokasi: Terachi Negeri Sembilan & Shah Alam, Selangor Well, hari minggu yang penuh kemalasan setelah menenmpuh perjalanan yang panjang amat teramat. Hehehe..mailbox pun penuh je, xlarat nak dengar, + + reply..wait monday huh.. :P So attend wedding anak buah aku ni si azizi, aduhai azizi dah kawain makcik dak lagi..memang soalan femus na sejak dua menjak ni..dah jadi doaan wajib yang perlu ditanya pulak...heheheh..yang mampu aku jawap sengeh je lah..dah tak terjawab lagi dah.. G ngan cousin2, momma, well kerabat diraja yang ain..weh..kena drive tu!! Tension lak ai...Driver, driver mane..hahaha...jangan demands dara oi..xdenye driver weekend gini..hak hak.. Aku yang tengah pengus ni, terus je garap..dah la jame, tension lak ai.. Tapi sampai gak..terus2 perkara pertama, makan dulu, lain cite pusing belakang..Ingat aku sorang yang lain sekepala gak, perjalanan yang dekat tapi jame, l...

Tersentap

Banyak perkara yang berlaku akhir2 ni.. Buat aku berfikir dan terus berfikir. Sesuatu yang tidak aku duga malah tidak pernah menjangkakannya tapi telah diingatkan satu ketika dulu. Mungkin aku lupa tatkala diri banyak sangat tanggungjawab, bahu digalas seribu satu kerja yang menuntut sejuta perhatian dan penetelitian. Aku tidak sangka dalam keadaan aman dan tenang segalanya boleh berlaku. Satu-persatu mendatang menuntut perhatian bukan sedikit untuk aku selesai dan fikirkannya. Jikalau otak aku ni boleh bersuara pasti ia mengatakan " blank, i'm jammed! ". Tapi mampukah aku menolak fitrah sebagai manusia. Hidup ini satu perjalanan, aku bersyukur ditemukan dengan pelbagai perkara yang mengajar aku erti hidup yang sebenar, mematangkan aku dari hari sebelumnya, menabahkan aku dari hari yang lalu, mendewasakan aku tentang kehidupan ini. Tapi tiba satu tahap aku tidak lagi mampu menerimanya. Salahkah aku mempertikaikannya saat ini? Aku juga manusia biasa, tidak lari dari menci...

Benarlah, Aku Telah Tertipu..

Nampaknya selama ini, Telah ku tertipu dengan pantulan cahaya, Hingga menafsir kaca sebagai permata, Dan pandangan mataku, Yang dibutakan oleh emosi & nafsu buruk, Hingga membuang permata yang ku kira ianya kaca. Sungguh benar aku jahil, Terburu-buru, Dan aku benar telah tertipu. Lalu kini aku menyesal, Kerana kejahilanku sendiri.. Astaghfirullah hal adzhim.. Mengapa begini sekali aku diperbodohkan? Mengapa begini sekali aku mempersiakan? Astaghfirullah hal adzhim.. Cetek benar ketelusan hati, Dan menilai reluk kilas beza, Antara hitam dan putih. Antara kaca & permata, Antara buruk & baik.. Benarlah aku telah tertipu... Penyesalan, Rasa terkilan, Berputus asa, Berputus harapan, Kekecewaan... Semuanya seakan sudah tiada kegunaan. Mana yang pergi, Mana mungkin boleh kembali... Mana yang hilang, Mana boleh dicari ganti, Yang sempurna sama. Kerana dia.. hanya ada satu. Hanya satu saja yang sepert...