Cinta Hatiku...

Sesungguhnya, waktu itu bergerak, jarum jam tu berdetik dari saat ke saat yang sepatutnya aku dah pun lelapkan mata.. Bukan kebiasaan dan memang luar kebiasaan aku selepas opp aku masih mampu bertahan sehingga jam waktu begini..

Sekarang aku nak pujuk mata dengan baca novel terakhir, sebelum aku melangkah ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) esok.. Cinta Hatiku tajuk yang diberi oleh Piteriah Abdullah terbitan buku prima ni agak slow bagi aku..tapi santai..

~Piteriah Abdullah~
Cinta, mencintai dan dicintai adalah tiga perkataan yang membawa makna tersendiri. Kerana cinta, orang bahagia, kerana cinta juga orang kecewa.Saya mahu mengungkapkan rasa cinta ini untuk semua orang yang menyayangi saya selama ini. Kerana cintalah yang membuatkan saya mengenali seseorang lalu jatuh cinta pandang pertama walaupun cinta saya tidak berakhir dengan perkahwinan tetapi ia tetap cinta sejati saya.


ME: PERSOALAN YANG DITIMBULKAN???

Q1; Apakah erti cinta andainya tidak boleh memiliki?
A1: Cinta tidak boleh dipaksa walaupun sudah jatuh cinta pandang pertama.. Aku sering tertanya kenapa sering mereka menyatakan cinta itu memerlukan pengorbanan? Kalau cinta itu suci, beri kebahagian dan terlalu indah wat seseorang, walau tak dapat memiliki dan beri kelukaan, ia tetap dinamakan cinta sebab cinta itu masih dan tetap memberi semangat untuk terus hidup sekiranya perasaan itu tidak dimanupulasikan oleh individu tersebut.

Q2: Cinta itu menyakitkan?
A2: Memanglah, sakit rindu, bak kata orang, makan tak kenang, mandi tak basah, tido tak lena, asyik nak tunggu time dating jerk! Tapi bukan itu yang dipilih dalam banyak2 pilihan yang ada? Cinta tu diakui boleh melupkan segala kesakitan, beri penawar pada segala kesakitan, beri jawapan dan cahaya kepada segala kesusahan dan kesukaran..Sebab cintalah orang sanggup wat ape sahaja..(Aku sendiri tak tau sama ade betul or tak ",_ )

Q3: Kebaikan cinta?
Yang aku pasti dan yakin sekali, kalau cinta tu duk pada laluan yang betul, ia akan mendorong seseorang itu menjadi yang lebih baik walaupun bukan yang terbaik. Cinta itu beri kekuatan untuk mencuba dan membuat sesuatu yang baru yang akan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Q4: Keburukannya?
Banyak, tak perlu aku senaraikan, tapi kalau rase tak sanggup nak rase sakit bercinta kemudian mengatasi dengan cara yang betul, lebih baik angkat bendera putih awal-awal subuh sebelum siang hari...


p/s: Aku keletihan sekarang...Hidup dalam keadaan rahsia ni susah sebenarnya..Orang tak tau ape yang kita alami.Orang juga tak tahu ape masalah kita dan oarang hanya tau mahu menyalahkan kita SAHAJA!..Ini bukan sekadar menyalahkan tetapi dah sampai tahap menghukum..Menghukum tanpa usul periksa..Itulah yang lebih malangnya dalam hidup ini kalu berlaku situasi begini..  -_-

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself