Buah Labu Boleh Atasi Masalah Prolapse Rahim
Actually aku tak tau ape mula tiba2 mau searching pasal buah ni..banyak betul yang masuk dalam telingan keluar masuk otak aku seminggu dua ni..Aku terdengar Lim berbual dengan Ridh pasal prolapse rahim..kemudian Tan suggest alternative luar..Disebabkan aku tengah beronline..so aku pun searchinglah, jumpa lak buah labu ni..Sedap ni kalau wat masak lemak, wat cekodok labu pun sedap..alahai perut..
Buah labu terdapat dalam pelbagai saiz. Kebiasaannya buah labu ini berbentuk bulat dan terdapat beberapa bahagian. Apabila buah labu sudah matang ia akan ditutupi oleh serbuk-serbuk yang berwarna keputihan. Warna buahnya juga akan menjadi kuning kecoklatan ataupun merah kecoklatan dengan isi kulit yang tebal dan padat. Buah labu ini juga mempunyai biji. Labu ini baik dari batang, daun dan buah semuanya berguna di dalam perubatan tradisional.
Labu dalam bahasa Cina di panggilnan guan (south melon) ataupunfan gua (food melon). Buah labu adalah tumbuhan yang tidak bermusim. Buahnya menjalar dengan batang pokoknya diselimuti bulu-bulu halus. Daunnya berbentuk bujur telur dengan lima lekuk ataupun lebih. Bunganya pula berwarna kuning.
Buah labu mempunyai beberapa khasiat yang penting untuk tubuh badan kita serta beberapa kumpulan vitamin. Antaranya karotinyang kaya dari buah labu dapat membantu penglihatan kita. Antara khasiat lain yang terdapat di dalam buah labu ialah protein, karbohidrat, zat besi dan kalsium adalah kumpulan zat-zat yang penting di dalam tumbesaran dan kesihatan badan. Karotin, gula, phosphorous serta beberapavitamin B, vitamin C dan vitamin A.
Dalam keadaan semulajadi, buah labu ini bersifat panas dan dapat memberi kesan yang baik utnutk perut dan sistem penghadaman kita. Dengan mengamalkan memakan isi labu, ia dapat memanaskan perut, menyihatkan organ-organ dalam badan serta memperbaiki sistem penghadaman manusia.
Antara kebaikan buah labu:
i- Baik untuk menghilangkan batuk yang berpanjangan.
Tidur yang tidak menentu, persekitaran yang berhabuk dan tidak bersih serta amalan meminum air batu terlalu kerap boleh menyebabkan kita dihinggapi masalah batuk. Kadangkala masalah ini akan berlarutan setelah memakan ubat batuk. Jika tidak diberi rawatan yang sewajarnya, ia akan membawa kesan yang buruk kepada paru-paru. Oleh itu, cuba gunakan 250 gm isi buah labu, tambahkan sedikit gula batu, bancuh dengan sedikit air dan kemudian boleh diminum. Amalkan sehingga batuk anda sembuh.
ii-Mengubati luka akibat melecur atau melepuh di kulit.
Semasa musim panas, keluarkan urat-urat yang terdapat di dalam buah labu beserta bijinya sekali. masukkan ke dalam balang yang bertutup rapat. Biarkan agak lama di dalam balang tersebut. Jika anda mengalami masalah kulit yang melecur bolehlah disapu bahan-bahan tersebut sebelum pergi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
iii-Mengatasi masalah kecacingan.
Antara tanda-tanda kecacingan pada kanak-kanak:
-Kadangkala mempunyai perut yang buncit tapi badan yang kurus walaupun selera makan tinggi.
-Sering mengadu gatal-gatal pada bahagian dubur.
-Pengeluaran cacing ketika kanak-kanak membuang air besar.
**Sebaiknya pengambilan ubat cacing diamalkan selama 6 bulan sekali.
Cara mencuba dengan buah labu:
Ambil 500 gm isi buah labu yang mentah. Makan buah tersebut sikit demi sedikit selama 2 jam. Kurangkan sukatannya bagi kanak-kanak. Ulang rawatan selama dua hari berturut-turut.
Bagi yang mengalami cacing pita pula, ambil 60-120 gm biji labu. Buangkan kulit luarnya dan makanlah biji labu tersebut. Ataupun biji labu tersebut boleh dibakar dan hancurkan sehingga menjadi debu.
Amalkan memakannya setiap pagi sebelum mengambil sarapan. Sejam kemudian ambil 30-60 gm buah pinang dan hancurkan bersama air dan minum.
iv-Mengatasi masalah prolapse rahim.
Sering dihadapi oleh kaum wanita yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Di samping beberapa senaman yang dapat dilakukan untuk rahim serta pembedahan bagi mereka yang menghidapi masalah prolapse rahim yang serius. Buah labu juga boleh digunakan untuk menghindari masalah ini sekiranya masih dalam peringkat awal. Caranya ialah dengan mengambil lebih kurang 100 gm buah labu dan seekor ayam betina. Potong ayam tersebut dan masukkan ke dalam buah labu yang telah dikeluarkan isinya. Stimkan sehingga masak. Kemudian boleh dimakan.
**Kepada yang demam, anda tidak digalakkan mencuba kaedah di atas.

Comments
Post a Comment