Ujian Kehidupan Buat Manusia


 Dalam pada kesibukan dan keterbatasan waktu...terlalu banyak email yang xsempat dibaca..maaflah semua sahabat taulan...xsempat reply...dalam menjenguk inbox, email dari naim menarik hatiku untuk membukanya...
inilah kandungannya:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu"
Al-Baqarah: 216

"Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak"
An-Nisa: 19

Betul...setiap jiwa manusia itu ditarbiyyahkan ALLAH untuk berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan hidup...tidak mampu aku nafikan..Ujian itu datang berbagai2, dalam bentuk kesenangan-kemewahan hidup, kejayaan-kegagalan, sihat-sakit, dan sebagainya...

Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan Dialah yang berkehendak untuk melakukan apa jua perkara ke atas makhluk ciptaanNya. Manakala hamba yang diciptakan ini perlu menghadapi segala yang telah diaturkan dengan sempurna oleh Maha Pencipta dengan cara yang termampu olehnya.

Peringatan buat diri yang sentiasa alpa, leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, agar memperteguhkan iman dan ilmu, memperbanyakkan amal sebagai bekal, menuju ke satu destinasi yang pasti dan abadi. Bangkit dari lena, teruslah bermujahadah, thabatkan diri dalam perjuangan yang suci ini, walau diri lemah dan tidak berdaya, walau diri tidak punya apa-apa, tetapi tenanglah duhai hati seorang mukmin, yakinlah dengan janji Ilahi, kesabaran menghadapi ujian membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan……!

Astaghfirallaulazim...
Subhanallah...ALLAH MAHA BESAR..
Masih terbuka ruang hatiku untuk terima teguran ini..
Kredit untuk naim..thank you so much friends..

Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself