Pesanan dari Seorang Rakan
Assalamualaikum
Sekadar menyampaikan. ......
Sekadar menyampaikan. ......
Pesanan terbaik dari seorang rakan....
Just
wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni
ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang
Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh
melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya
tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya
kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila
beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah
berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam
bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul ,
dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga
nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya
betul-betul.
Pertama,
Kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain
penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan
mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'
bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan
jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga,
Surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah
Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.
Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya
pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya
mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau
dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata
pak cik.
Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya
mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda,
kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu
moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati
ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat
tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh
rosakkan iman, kata pak cik...
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama,
kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak
cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah
nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
Habis
saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta
diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih
kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya
sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya
sampaikan..
Iqra'.....!
Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.
Wassalam .
Comments
Post a Comment