jumaat yang tenang, alhamdulillah..



jika hari ini Allah beri rasa sakit, bersabarlah kerana dengan nya Allah gugurkan sebahagian dosa... in shaa Allah dengan izinNya segalanya mungkin..

bukan mudah nak mudah bukan? menghitung hari dalam perkiraan, Ramadhan bulan yg mulia bakal tiba kurang 6 bulan lagi..... emm..apakah sudah mula persiapkan diri atau menangguhkan lagi langkah itu diperhentian ini?

dua tahun sudah berlalu kiranya berparut jika terluka tapi walhalnya masih terluka dan berdarah tidak sembuh malah kering pun tidak.. subahanAllah.. sedih jika difikirkan terlalu dalam.. biarkan ia berlalu dengan masa moga terubat jua satu hari nanti.. aamiin..

dan menghitung hari menambah pada angka, bersediakah wahai diri? wahhh, banyak betul perkara yang perlu dipersiapkan bagi semua yang mendatang.. bertenang... satu persatu, in shaa Allah, Allah akan permudahkan jika kita bertawakkal sesudah berusaha, redha dengan ketentuanNya walau bukan itu yang kita impikan dan inginkan.. sebabnya kita takkan dapat segala apa yang kita nak, dan itu bukan bererti gagal kerana gagal itu saat kita tersungkur dan mengalah tanpa mahu mencuba lagi..

semoga hambaMu ini diberi kekuatan agar tenang lalui segala apa jua yang mendatang. sesungguhnya ujian itu bekal bagi membina benteng menguatkan diri... yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari hambaMu ini sendiri... in shaa Allah.. aamiin

p/s: jangan lupa baca surah al-kahf ye, moga kita dilindungi antara dua jumaat ini, in shaa Allah #salamjumaat


published from iPad



Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself