ujian itu tarbiah diri
assalamualaikum..lama betul xupdate..
tiada perkara yg bermanfaat untuk dikongsikan mentelah kesibukan yang melanda. banyak perkara perlu diselesaikan. due date, dateline beratur sampai x terkejar. kasihan dengan kepala sendiri, kelesuan akhirnya diajak berdebat tanpa henti.
alhamdulillah, segala letih dan penat berbaloi melinat susunan grade yg di target. malah ada yg capai diluar dari target..alhamdulillah, syukur atas nikmatNya memberi ketenangan ini buat sekian kalinya.
emm..mungkin hari ini masih ada untuk esok. sekali lagi terperusuk dalam kump yg tidak sepatutnya. dugaan untuk diri yang bergelar pelajar ini menuntut pengorbanan yang kadang tidak mampu dikait tenaga untuk menggempalai semuanya. in syaa Allah, kuatkanlah hambaMu ini, jangan rebah sebelum waktunya.
perancangan. kembali diolah, terbang tinggi itu juga pilihan kali ini. moga Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi memberi sinar perjalanan seterusnya, in syaa Allah, aamiin.....
janji? itu hanyalah satu perkataan yang terdiri dari 5 huruf yang cuma sebahagian kata2. ianya dapat diubah, malah boleh juga dilupakan sama ada sengaja atau tidak, kebetulan atau di luar perancangan mengikut peredaran masa. orang yang memberi janji mungkin sangat mudah melupakan kerana tidak mengikat diri dengan apa yang dikatakan, tetapi ingatlah orang yang menerima janji itu sampai akhir hayatnya mengingati sebaris kata yang telah diungkap. ada kalanya, tiba waktunya, janji juga menjerut hati sendiri, semata-mata untuk kegembiraan orang yang disayangi...hargailah mereka..
pengorbanan itu mungkin tidak terlihat dengan mata kasar, tapi mampu diteropong dengan mata hati. bersihkan lah hati, jiwa. berilah peluang untuk diri sendiri ke arah yang lebih baik. 😊
Comments
Post a Comment