Posts

Showing posts from December, 2012

Cinta Tanpa Syarat?

Image
Ada ke cinta tanpa syarat ni? Logikkah suka seseorang or jatuh cinta pada seseorang tanpa sebab? Aduhai..sedangkan cinta Allah pun bersyarat.. Apa sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu sahaja. Jika Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya. Tunjukkan kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat seorang hamba yang serba terbatas.. Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’ Jika musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa...

Fahamilah..

Bila ditimpa musibah kita perlu tangani dengan baik. Jika tidak rugilah kita. Lagi besar bencana lagi besar pahala. Allah nak tengok siapa yang terima ujian dia redha, berdoa, berikhtiar dan itulah takdir Allah. Kita tak boleh lari daripada ketentuan Qadar dan Qadha' Allah. Kita tak boleh salahkan takdir. Kita ada akal, ada panduan al-Quran dan hadis. Siapa yang terima ujian dia marah, dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Orang yang redha akan selamat..InshaAllah.. "Allahumma a'inni 'ala Zikrika washuyrika wahusni 'ibadatik. (Ya Allah bantulah aku dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan memperbaiki 'ibadatku kepadaMu). #Salam Jumaat Sahabatku. Beralah itu tidak salah, i did. Perkara paling susah, tapi hanya itu yang mampu kembalikan ketenanganku. Hanya itu yang bisa menguatkanku disaat kejatuhan. Jalan ini hanya ada me and myself not included u. Ya, Allah jalan ini bukan seperti yang Kau tunjukkan, tapi bantulah hambaMu, ini yang ku pilih demi mereka semua,...

after five days of suffering.

what a couple of days! tekak tak lalu nak telan pape. mata tak boleh lelap. mata dah pedih. ya Allah, rasa macam i can do nothing. i'm just begging and yelling to him. and now. ALHAMDULILLAH. i should praise HIM the most ** i dont know if u understand why i mad without reason-that my down time. ** syukran Ya Allah :'(

Tika Diri Diuji

Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Adakala ujian tu datang bersilih ganti, seharus dengan waktunya. Kadang kita rasa sempitnya waktu dan hilangnya arah tuju, rasa takut dan hilang arah diri. Hanya kesabaran dan ketabahan diri yang menjadi pegangan dan iman kepadaNya menjadi penguat diri kembali. Begitulah seringnya diri tatkala ujian dan dugaan tatkala menghampiri diri, disaat diri rasa tidak mampu menggempalai nakhoda hidup sendiri. Bila akal dah mewarasi fikiran dan hati memadu kembali kekuatan diri, kesabaran dan ketabahan kembali dicipta, ujian itu hanya menguji sejauh mana kekuatan dalam diri kita. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Kita tidak mungkin dan mustahil untuk mngulang masa yang sudah berlalu. Ia tidak akan kembali hanya semata mengulang kebahagian di masa depan. Kembali berdiri, mengukir langkah, belajar dari kejatuhan dan kesusahan untuk mengukir sebuah kebahagian. Langit itu tidak selamanya cerah, awan mendung pasti datang. Lain orang l...