Doa dan Salah Faham

Sudah masuk hari ke tujuh, seminggu sudah aku berada di bulan Ramadhan. Setahuku, syaitan sudah diikat pada bulan ini. Namun, mengapa seakan-akan tiada apa yang berubah. Nafsu. Adakah kau puncanya? Cis!

Beberapa malam yang lepas, Allah menemukan satu peluang untuk kami bertukar-tukar cerita. Dia baik-baik sahaja di sana. Alhamdulillah. Aku ditanyakan satu soalan. "Mengapa tiadanya rasa excited bila Ramadhan datang, sepertimana orang lain yang bersungguh-sungguh menantikan Ramadhan?".


Terkedu? Sebetulnya aku dilanda kesibukan yang teramat sejak dua menjak ini. Aku menasihatinya di hujung perbualan dengan...."Doa banyak-banyak, terutama di akhir sujud tarawih. Apa yang dihajati, mintalah pada Allah. Apa-apa sahaja. Seandainya (insyaAllah), ditakdirkan Allah kau temui lailatul qadar, itu lebih baik! Itu malam Allah menyusun segala urusan hamba-hambaNya!"


Betullah tu. Sejak malam itu, aku juga cuba perbanyakkan berdoa. Eh, bagitau semua orang pulak...haha. Moga ada manfaatnya. Ameen. Berbalik pada topik asal. Ya, bila berdoa, kita lebih jelas akan apa kita mahukan. Fikir sejenak dan cuba listkan dalam fikiran, apa yang kita mahukan. Aku mintak pada Allah. Aku mintak itu. Aku mintak ini. Aku mintak jugak supaya aku tak malas berdoa padaNya. Aku mintak jugak........ (biarlah rahsia. huu)


Cerita lain.

Berlaku sedikit salah faham yang mungkin akan mengubah segala-galanya.

Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself