pencarian dalam sebuah perjalanan

Assalamualaikum.. Salam to all readers, masih tinggi numbering pengunjung blog yg ntah ape2 ni walaupun setelah diprivate. Apakah yang kalian cari, apakah yang kalian baca, moga kalian dapat manfaat darinya. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk serta kekurangan itu dari saya. Terima kasih mengunjungi di sini.

Bumi Tuhan ini luas dan insyaallah masih jauh lagi perjalanan dan langkah saya selagi diizinkanNYA. Bertemu dengan sahabat lama buat saya berfikir setiap persoalan dan bicara yang dilontar sedangkan minda saya sarat dengan seribu satu perkara, tetapi persoalannya melekat pula di benak kepala. Kami ni tak ubah Tom and Jerry tapi dalam edisi bisu yang menggunakan bahasa isyarat sebagai pengantara. Selepas 12 tahun, kami bertemu kembali masih lagi menggunakan medium yang sama sebagai interaksi antara kami, sedangkan kami tidak bisu, pekak jauh sekali, sempurna ciptaan Allah yang membolehkan kami berbicara seperti orang lain, tapi itu pilihan kami.

Persoalan kami, saya memang sibuk, tapi saya tidak akan sesekali abaikan keperluan diri walau sesibuk mana pun. Macam lagu Ramlah Ram - Menaruh Harapan " dulu masih sendiri dan kini masih sendiri". Dalam mengejar impian, tentu ada pelbagai cerita disebaliknya. Ada suka, ada duka. Ada tangisan ada ketawa. Ada pahit dan ada manisnya. Sebagai manusia biasa, ini adalah lumrah yang tidak dapat kita elakkan, begitu juga kisahnya dengan saya. Segala pengalaman yang dilalui, menjadi asam garam, rempah ratus kehidupan melengkapi sebuah proses kembara di alam fana. Ada yang terjatuh kemudian bangkit, melompat lebih tinggi. Ada juga yang jatuh terduduk langsung terus mengalah. Naauzubillah. Dan saya juga tidak terlepas dalam proses itu.

Dia mengangguk kepala, mengerti. Alhamdulillah dengan pengertiannya. Bukan hujan atau panas yang jadi penentu kebahagiaan, tapi hati kita. Orang yang bahagia adalah orang yang bersyukur dan redha dengan ketentuan takdir.

Kesempatan ini, buat sahabat yang bakal menamatkan zaman bujang atau pun baru melangkah ke alam berumahtangga. Alhamdulillah dan tahniah, akhirnya telah bertemu jodoh dan semoga berbahagia hingga ke akhirat. Hargai apa yang kita miliki hari ini seadanya, walaupun milik kita mungkin tidak seindah milik orang, kerana esok belum tentu ia tetap lagi ada dalam genggaman kita. Milik kita, semuanya adalah milik Allah. Ingat, kita sekadar peminjam, penjaga amanah. Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang baru bergelar ibu atau ayah, semoga jadi ibu dan ayah yang mithali, yang ikhlas mendidik anak mengenal dan mencintai Allah.

Setiap dari kita, akan merentasi satu demi satu fasa kehidupan. Dilahirkan ke bumi kita tidak tahu apa-apa cuma menangis dan menangis. Tapi Allah telah memberi kita terlalu banyak anugerah dan nikmat, lalu kita membesar dan meningkat dewasa. Dari merangkak kita berlari. Dari seorang pelajar kita beralih ke alam pekerjaan dan begitulah seterusnya, hinggalah kita tua, atau mungkin mati sebelum tiba hari tua. Hanya Allah yang tahu. Bilakah masanya kita akan dijemput kembali ke rahmatullah.

Sungguh. Tiada siapa yang tahu apa yang menanti pada esok hari. Tapi Allah Maha Tahu. Jangan gentar, teruskanlah melangkah. Moga sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Semoga setiap langkah kita, membawa kita ke syurga. Amin ya rabb.

Life must goes on. Hadapinya dengan tenang dan hati yang terbuka. Bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal menjelma. Jadi, buatlah tindakan dan keputusan yang bijak dalam apa jua yang kita lakukan. Dalam pada masa yang sama, jangan menyesal dan salahkan takdir. Masa yang telah berlalu tidak akan berpatah balik semata-mata untuk kita. Pass is pass, gone is gone. Kaca yang pecah tidak mungkin dapat dicantumkan semula.

Jangan membuang masa dengan berterusan meratapi dan menangisi gelas kaca yang tidak mungkin bersatu semula itu - keep on moving - teruskan melangkah ke hadapan - fikirkan tindakan yang seterusnya yang patut dilakukan. Samada buang serpihan kaca ke dalam tong sampah. Atau beli saja gelas yang baru - it's depend on u. Yang penting - mara ke hadapan. Jangan ke belakang.

Hidup tidak semudah ABC. Ada onak dan duri sepanjang perjalanan. Ada jatuh dan bangun. Ada pasang dan surut. La tahzan. Allah ada bersamaku. Insyaallah.




Published with Blogger-droid 

Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself