Bukanlah Jodoh Namanya...



Setelah beberape hari , minggu agaknya aku dihimpit dengan pelbagai kerja serta rase..Alhamdulillah, aku tenang-setenangnya..Syukur padaMU ALLAH..Aku tidak tahu jika aku kuat melalui hari-hari akan mendatang tapi aku harus cuba dan perlu cuba..tak cuba tak tahu bukan..


Adat, lumrah hidup, kalau nak capai semua yang tinggi-tinggi je, yang molek belaka, tapi bila ade cabaran, halangan, mula la nak mengalah, rase teruji, rase tak mampu, rase give up, padahal cuba tak lagi tu.. Kalau fikir-fikir dengan betul balik, cabaran tu dari ALLAH yang selama ini menghidupkan dan memberi rezeki. Maka bila merungut, mempertikaikan semua tu serasa macam kita ni tak percaya kepada Sang Bijaksana. Sedangkan akal sering pujuk hati dengan mengatakan ada hikmahNYA yang tersendiri di setiap ape yang berlaku. Tapi ape jadi, kita mengeluh merungut, malah lupa gerak diri kepadaNYA. Ingat kejayaan, kebahagiaan, ketenangan, kesenangan tu datang bergolek ke???


Dugaan, ujian semua tu melatih kita jadi cekal, agar muncul mulia dalam peribadi, maka ape yang dipertikaikan sangat ni,??Apakah yang tidak baiknya buat insani?? Pandanglah dengan mata hati, InsyaALLAH kita akan melihatnya. Kadang kala susah biar kita bijak bersyukur, sebab kita ni sering lupa, dah sakit baru nak beringat, tapi ade gak yang tak ingat-ingat, lagi nak meninggi diri, + + bongkak dalam kalbu hatinya, ni dah jatuh terduduk ni, xjugak sedar.


Tetiba dengan rase hati yang berlibau, aku ingin kongsi sesuatu yang diberi padaku pada lewat hari lalu..Insaf ketika menghayatinya.. Gugur ai rmataku kali ini.. Andai masa boleh diputar kembali, tapi mustahil bukan..sangat-sangat mustahil..Jadi belajar dari kesilapan dan ambil pengajaran darinya..


Malah ape yang berlaku akhir-akhir ini walau suka, duka, ceria, gembira, sakit, pahit, manis, masin, payau, semua harus ditelan dan digodak bersama supaya rasenya jadi neutral..hak hak..dah guna istilah pulak aku nih. So sama-sama lah kita amik iktibar, pengajaran, moga ia beri manfaat bersama..InsyaALLAH..





Bismillahirrohmanirrohim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Kali ini aku menitipkan sebuah kisah buat tatapan sahabatku dan pengajaran kita bersama. Nama watak hanyalah rekaan & jika kisah ini sama dengan sesiapa, sesungguhnya ia hanyalah sekadar kebetulan..


****************

Syauqah tersenyum melihat gambar pernikahan & walimah sahabatnya itu. Nampak anggun dalam persalinan kuning emas. Yang seorang lagi nampak manis dalam tema warna hitam putih.

Matanya beralih pula ke 'tab' yang lain. Wall photos yang dikongsikan salah seorang sahabatnya sewaktu masih bersekolah menengah. 

"Comelnya anak Ilya. Dah ada 2 orang anak dah dia... kejapnya masa berlalu.." bisiknya perlahan.

Tatkala matanya membaca satu persatu komen-komen kawan-kawan di bawah gambar tersebut, dia perasan, ada satu komen daripada temannya yang juga agak rapat dengannya suatu ketika dahulu bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

Kemudian, secara tiba-tiba, terdetiklah di hatinya.

"Seorang lagi sahabat nak mendirikan baitul muslim. Alhamdulillah.."

"Aku entah bilalah lagi. Belajar pun masih belum habis, Keluarga mengharapkan untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Haish, calon pun belum cari... jangan jadi andartu aku kelak sudahlah..." rintih hatinya bercelaru.

Bila melihat teman-teman yang lain sudah 'menayang'kan calon zauj masing-masing,

"Nampaknya aku sahajalah yang tak ada calon. Akulah bakal-bakal wajah andartu nanti..." seloroh Syauqah kepada teman-temannya.


Sedar tidak sedar, Syauqah meniti tahun akhir pengajiannya. Pada waktu inilah kesabaran, kekuatan mental, emosi & jasadnya diuji Allah. Kesibukan menyiapkan projek tahun akhir, menghadiri kuliah, Test, Quiz, Field Trip, Field Visit, Report dan Kerja makmal amatlah menguji keimanannya.


Tidak cukup waktu siang, saban malam juga dihabiskan dengan kunjungan ke makmal untuk menyiapkan tugasan projeknya. Tidak lupa juga temu janjinya dengan adik-adik Usrah yang begitu bersemangat untuk sama-sama berkongsi ilmu dengannya saban minggu.

Ditakdirkan Allah, dalam kesibukan itu, Allah telah menghantar seorang lelaki ajnabi di dalam hidupnya. Secara tiba-tiba sahaja Syauqah dikhitbah (dipinang) oleh lelaki tersebut. Alamat rumah ibu bapanya di kejauhan dipinta untuk dikunjungi menghantar lamaran & risikan. 

Syauqah terkedu. Terasa dunianya yang 'hiruk pikuk' menjadi sunyi buat seketika. Jujurnya, ini adalah kali pertama dia menerima lamaran yang sangat serius sepanjang peng'hijrah'annya. Bukan menjadi kekasih, tetapi menjadi seorang isteri. Begitulah seriusnya khitbah kali ini.

Terpaksa diakuinya, semenjak dia mengenakan tudung labuh beberapa tahun lalu, hidupnya semakin sunyi daripada mana-mana lelaki ajnabi pun. Kata teman-teman terdekat, mereka takut untuk mendekati, bimbang tak sepadan ilmu & akhlak katanya.


"Syauqah baik, aku jahat. Mana layak aku untuk dia." Itu kata mereka walau tak pernah terniat di hati gadis muda itu untuk dihakimi melalui penampilannya semata-mata.

Hatinya terasa berbelah bahagi. Dilihatnya keluarga lelaki ajnabi itu. Molek-molek akhlak & penampilan mereka. Saudara perempuannya mengenakan tudung labuh & ada yang mengenakan niqab. Alhamdulillah, hatinya agak terusik di situ. Namun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan.


"...Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu & sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam setiap urusan kami." [surah 18, al-Kahfi ayat 10]



Doa yang dipohon semakin panjang di setiap penghujung pertemuan dengan Ilahi. Saban masa bibir & hati memohon petunjuk daripada Allah dengan penuh rendah hati. Siapalah dia, si jahil yang tidak tahu apa-apa tanpa pentunjuk daripadaNya?

Kepada insan yang disayangi & dipercayai, adindanya; Solehah, tempat mengadu & meminta pandangan.



"Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada bersabda, "Jika datang pinangan daripada lelaki yang kamu yakini akhlak & agamanya, tetapi kamu tolak, ditakuti akan membawa kerosakan yang besar.." maknanya, ada kemungkinan, calon yang selepas itu mungkin tidak sebaik yang mula-mula tadi." ujarku memulakan.



"Ya.. memang betul.. tapi jika dia bukanlah orangnya, mungkin yang selepas ini adalah jauh lebih baik daripadanya. Sebab dia tak ada jodoh dengan akak.." balas Solehah.




Syauqah tersenyum.

":) Bukanlah jodoh namanya selagi belum diijabkabulkan..." ringkas balasannya.

"Istikharahlah... kita sebagai makmum memang memerlukan imam yang lebih berilmu, beramal & berakhlak untuk membimbing kita..." pesannya.


"Adik tak kisah, asalkan dia beriman & soleh. Seeloknya minta pandangan ibu dulu.."


Syauqah terus membisu.

      "InsyaAllah, doakanlah akak mendapat petunjuk & rahmat daripadaNya.. Mungkin juga ini hanya ujian..." 

       balasnya seakan redha.

      "Mungkin juga. Adik pun rasa macam tu. Allah mungkin mahu menguji.." balas Solehah lagi.





Syauqah masih bingung. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kepalanya terasa sangat penuh sudah dengan perihal pengajiannya yang agak membebankan semester ini. Dalam pada itu fikirannya asyik teringatkan media plates-nya yang masih belum beku sepenuhnya di dalam Laminar Flow blok G09K yang perlu disimpan di dalamcontainer lebih kurang sejam lagi.

Syauqah menghembuskan nafasnya.




        "Ya Allah.... janganlah Kau uji aku dengan ujian yang tak mampu untuk aku tanggungi & jauhkanlah aku 
        daripada ujian yang boleh menjauhkan aku daripadaMu.." doanya perlahan dengan mata berair. Langkahnya 
        diatur menapak ke bangunan hadapan untuk kuliah seterusnya.


        "Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.. Cuma keperibadiaannya ditentukan oleh sejauh 
        mana ketinggian peribadimu."

Malam itu. Syauqah terjaga. Doa istikharah dibacanya. Berulang-ulang kali penuh harapan. Tiadalah daya upayanya melainkan dengan bantuan & pertolongan daripada Allah semata-mata. Matanya berkaca lagi. Hatinya terasa tidak mampu menjalani ujian tersebut. Hatinya terasa lemah dalam membuat keputusan.

Hari demi hari berlalu... 

Syauqah sudah berfikir semasak-masaknya...

Hari-harinya masih dilanda kesibukan & amanah-amanah yang bertimbun. Syauqah sedar, dia belum mampu untuk menerima amanah yang baru. Menjadi seorang zaujah bukanlah suatu amanah yang kecil mahupun bertujuan menghalalkan persentuhan antara lelaki & wanita bukan mahram sahaja.





         Ijab & kabul adalah janji kepada Allah yang dilakukan dengan ikrar & tekad untuk meneruskan perjalanan
         meraih 
ini. Sudah tentu sekali perjalanan itu bukanlah wangi & indah sahaja. Tentu banyak onak, duri & ranjau
         yang harus
 ditempuhi..




Allah telah membulatkan tekadnya, Allah telah menguatkan hatinya dalam membuat pilihan. Syauqah redha..



       Banyak pilihan di depan mata, tidak ada satu pilihan yang kita ketahui baik & buruknya melainkan Allah 
       membantu kita untuk memilih pilihan yang terbaik..

       Dalam perihal mencari pasangan, bukan masa masalahnya. Cepat ataupun lambat itu sepatutnya tidak menjadi 
       kerisauan yang paling utama. Yang penting, dia (calon) yang kita pilih itu adalah pilihan yang terbaik, yang 
       dipilih atas dasar tawakal kepada Allah semata-mata.

      Mungkin hari ni dia belum terbuka hati.. ataupun Allah belum menunjuki siapa dia yang terbaik buat mereka. 
      Boleh jadi juga dia bukanlah pilihan yang terbaik.. & boleh jadi juga bila pengkhitbah itu mendapat jawapan 
      istikharahnya, hatinya akan terbuka untuk akhowat yang lain..

      Demi Allah, Syauqah tak yakin dia sudah cukup solehah untuk sesiapa pun setakat ini...

     Dia menyerahkan semuanya kpd Allah..


Alhamdulillah, lelaki itu soleh. Hatinya lembut, redha & terbuka sahaja menerima jawapannya itu.

Syauqah bersyukur.. Allah menghantar 'teguran'Nya buat dirinya dengan cara yang sebegini halus. Selama ini dia terlalu memikirkan perkara yang belum lagi Allah rezekikan buatnya, malah mencemburui rezeki yang Dia kurniakan buat hamba-hambaNya yang lain, padahal Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya.


Firman Allah;"Allah melebihkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan membatasi (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [surah ke-29; al-Ankabut : ayat 140]

Syauqah juga teringat pesanan seseorang yang dihormatinya;





      "Janganlah mencemburui jalan yang dilalui orang lain sehingga membutakan mata kita untuk melihat betapa 
       indahnya jalan yang sedang kita lalui. Sesungguhnya Allah itu Lebih Mengetahui hal yang terbaik buat setiap 
      dari kita.." 

Mata Syauqah basah dalam kepiluan & keinsafan.




       "Sedangkan sehelai daun yang keguguran pun Allah Tahu, inikan pula setakat perihal jodohku? Pastilah Allah 

        lebih tahu calon yang terbaik untuk dipertemukan denganku pada saat yang terbaik..." rintihnya kepiluan.


Tafsirnya yang berwarna ungu itu dibuka lagi.

"Maka Ingatlah kepadaKu, Aku pun akan Mengingatimu. Bersyukurlah padaKu, & janganlah kamu ingkar kepadaKu."[surah ke-2; al-Baqarah; ayat 152]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sesungguhnya, Allah bersama-sama dengan orang yang sabar." [2: 153]


Syauqah tersenyum manis sesudah menghabiskan ayat terakhir tadarus & tadabburnya malam itu. Dia mengambil ibrah yang sangat besar daripada ujian yang Allah berikan kali ini.



Belum sampai lagi jodohnya, kerana belum masanya, Allah tahu, dia belum bersedia. Syauqah juga tahu, masih banyak amanah yang Allah letakkan di bahunya untuk disempurnakan.


Allah Lebih Mengetahui Bila masa yang paling sesuai untuk memberikan cinta seorang zauj bersaksikan cinta kepadaNya kelak. Allah Tahu. Cuma masanya sahaja yang belum tiba.

Tidak kiralah jika sudah habis semua sahabatnya bernikah sekali pun.. tetapi dia tidak seharusnya berasa ralat & kesedihan kerana Allah tahu, dia belum bersedia... 

Syauqah tersenyum lagi... Dia bersyukur.



********************








Firman Allah SWT di dalam surah ke-24, an-Nur ayat ke-31; 


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada...


suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;



"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."




p/s:

Terfikir tak? Bahawa jodoh kita belum tiba kerana Allah mahu memanjangkan waktu untuk kita membenih cinta bersamaNya, bersama Rasulullah, Ibu, ibu, ibu, ayah & keluarga. Benih cinta yang baik & dijaga dengan rapi  itu bakal membuahkan hasil yang berkualiti & baik juga..



Wait patiently. Grow & be ready, InsyaAllah, you’ll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of.


Jaga aurat, jaga peribadi, jaga akhlak, & jagalah hati... milikilah dahulu cinta Allah & letakkanlah Allah di tempat yang paling tinggi di dalam hatimu, insyaAllah kelak Dia akan menyerahkan hatimu kepada pemilik yang juga turut mencintaiNya sebagaimana dirimu mencintaiNya..




Cintailah Allah, nabimu, ibumu, ibumu. ibumu, ayahmu, saudara-saudaramu... insyaAllah.. dengan demikian itu sudah mencukupi untuk menjadi 'bekal' sementara penantian untuk bertemu dengan'nya' yang mungkin juga sedang berbahagia menuai cinta, kasih & bakti bersama keluarga...


Ingatlah, kita merancang, Allah merancang, tetapi ketentuan Allah itulah yang terbaik...

Comments

  1. Maha suci Allah, benarlah, kita sebagai manusia hanya mampu merancang..mohon share mimie..

    ReplyDelete
  2. Huhu..update sudah kawan..

    weh ko ke mane..alamak entry ko, cam nak kena clorox ke brainwash aku nih.. :P

    well..alhamdulillah klu ko dah ok..cam ner ngan Farah Ain? Best jumpe dia tak?

    ReplyDelete
  3. Anonymous: sila-sila..moga dapat manfaat bersama.. :)

    kie: update lorr...kang kosong ko bising lak..clorox ke..meh aku kasi minum, meh aku bancuhkan nak..hahahaha..derr..aku nampak xok ke? dia ok..memang clean & clear kepala aku..

    ely mane?

    ReplyDelete
  4. aleyley..cantik muka mu..ko ingat aku ni ape nak minum clorox, siap nak bancuh tu, leh meh tek tarik cawan besar satu..huhuhu

    xdelah gitu, cuma ko klu bertakafur, bertapa bahaye doi..leh slip and slopp..hehehe..

    ok pe klu claen & clear, xyah ko susah payah p format lagikan..hahaha..

    ely, ntah, ritu berhari2 dia cari ko, sampai tension aku doi..dia tu dah nape? dkt sane wat ape, xreti nak balik dah ke dia?

    ReplyDelete
  5. Riana: sila-sila.. :)

    time kasih..aku tau aku memang comei..hahaha..byk lawa muka ko..pemalas, wat sendiri..

    bertakafur, bertapa tu perlu utk muhasabah diri, berfikir dgn tenang, xlah wat sesuatu dgn terburu2, sok menyesal xguna dah kan..

    ko ingat aku ni guna kepala cap ayam?? nak format gitu, aku guna kepala cak mom brands u know..

    emm..aku tau, full mailbox mail+hp aku dgn pesanan dia, la ni senyap semacam..ko tanya la sendiri..

    ReplyDelete
  6. weh..perasan lak kamu, kamu dan kamu..huhuhu

    yelah tapi kalu dah sebulan dua tu..melampau seh..ckup setahun naye kawan2 jawapnyer cik kak oi!!

    hehehehe..alaa..ko wat ape pun, ko xleh lupe ape pun kan..so, memang terbaik..

    hai..korang ni perang teluk belanga ke..dah tu knp xreti nak balik..igt sane leh selesai masalah..kelakar la ko ni..slow2 la..aku tau ko boleh handle semua..ko kan power mantap, canggih punya minds, mesti leh fikir solutionnyer..hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam..

    celamak ko mie, ni luahan hati ke ape ni..
    cam real jerk..

    tp mmg btul la tu, kita ni leh merancang jer, Tuhan yang tentukan segalanya,kdg2 mmg pahit nak telan, tapi kena gak kan..hidup perlu diteruskan.

    eh, ko balik bila?saing ke?

    ReplyDelete
  8. Ukhti wa Akhi Yang Ku kasihi karena Rabbul 'Izzati...

    Kita sudah sama-sama Mengerti ,dan Kita Sudah sama-sama Memahami dan Merasai Bagaimana sakitnya saat Merindui seseorang,Bagaimana Takut nya kehilangan Seseorang yang Kita Cintai.. padahal dalam Sedar Kita Menyedari..ia Belum halal Dihati atau bahkan Belum tentu Allah Meng_halal_kan Suatu saat nanti..

    Atas nama Cinta_Segala cara dihalalkan,Bahkan dalam kedok "Ta'arufan",
    jalan Inikah yang Antum Pilih_Untuk menjemput Redha_NYA ??
    jalan Inikah yang Antum Pilih_Untuk Menyempurnakan Agama ??
    Jalan Inikah yang Antum Pilih_Untuk Menjadi Umat Rasul_NYA ??
    jalan Inikah yang ANtum Pilih_Untuk Mencapai keluarga Sakinah,Mawadah,Warohmah ??

    SEbuah hasil Yang Baik karena Proses nya Pun baik.
    Maka jika Antum_Inginkan Sebuah keluarga yang selalu dalam Naungan Allah dan Dicintai RASul_NYA...

    Bersihkan dan Sucikan_Prosesnya
    Percepat dalam Mewujudkannya.

    ReplyDelete
  9. cukup menarik.penuh dgn motivasi buat diri sndr spya xrisau wlpun xcouple.bljr dgn penuh kesungguhan.jodoh kita tue Allah tlh tetapkan.betapa indahnya sebuah perhubungan bila diiringi keimanan dan juga kemanisan serta berlandaskan syariat.semoga kita semua dpt mencontohinya.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    hmm..rase2 macam baca halaqah pulak..
    nape blog awak tukar cuaca, ke tuannya bertukar angin sudah..hehehe

    ape pun keep writing.mungkin ia hanya sekadar luahan hati awak, tapi ia beri manfaat kepada yang lain.

    sama2 kita menghayati dan ambil iktibar dan pengajaran dari nya..

    keep up writing.. :)

    ReplyDelete
  11. btul2x..alamak kamu nyer entry bikin panas mata la..sedih ye..tp btllah tu, kita hanya merancang, Allah yang menentukan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself