Gemuk!!!

Aku nak share ngan korang satu isu nieh..Aku xingat bila tapi ade la paper november kot, isunya "Malaysia Negara Orang Gemuk", aku mention sekali lagi ye GEMUK!!


Kalau aku xsilap lagi la Meneteri Kesihatan kita, si apek tu sape name dia, haaa Datuk Seri Liow Tiong Lai, cakap 16.8 juta rakayat negara kita ade masalah kegemukan..dan 8.4 juta daripada jumlah tu dikategorikan 'obese'. Mak oi..ramai tul 16.8 juta!! Dan yang pasti aku tak tergolong dalam kategori itu wlaaupun dah cuba sedaya upaya aku sepanjang hayatku.. huhuhu...


So, aku nak wat FAQ jap...


Benarkah 16.8 Juta Rakyat Malaysia Gemuk?
Mungkinlah...Tapi tu tak mengejutkanlah, coz obesiti atau masalah berat badan adalah masalah sedunia..I'm rite??


Tiga Punca Masalah Berat Badan Di Malaysia.
** Huhuhu..banyak faktor guys, sampai leh 8.4 juta tu obese..


** Emm..mungkin gaya hidup, pemakanan, kehidupan yang terlalu selesa dn lain-lain..Bak kata diorang hati senang beb!


** Tapi..tapi kan..ni masalah berlaku ct negara lain gak cam Jerman ngan Amerika..bukan Malaysia je..Diorang pun catat angka tinggi gak dalam masalah obese nieh..


** Let we discuss tiga point td... ^_^


01.Tiada Know-How
**Saya rasa tidak perlu untuk mengingatkan semula orang ramai untuk kepentingan menjaga berat badan kerana semua orang pasti tahu. 



**Kesedaran itu sudah ada pada semua orang.


**Tetapi kesedaran tanpa know-how atau ilmu penjagaan berat badan, usaha itu sia-sia.
**Kalau orang ramai di Kuala Lumpur mahupun di luar bandar ditanya tentang keperluan kalori seharian masing-masing, aku rasa 90% tidak tahu.
**Jadi kalau asas pengetahuan itu tiada, memang hampir mustahil untuk mengawal berat badan.
**Tapi salah siapa? Adalah salah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Not at all! Ia adalah salah diri sendiri.
**Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawap masing-masing.
**Tidak perlu bergantung kepada sesiapa!
02.Matlamat Penurunan Berat Badan (Weight Loss) Tidak Realistik. 
**Ini masalah kerap kepada mereka yang beratnya telah mengingkat over time... mungkin berat badan naik sebanyak 10 kg dalam 10 tahun. Itu kadar yang amat perlahan.
**Tetapi apabila seseorang itu ingin kurangkan berat pula, jarang ada yang nak tunggu 10 tahun.
**Semua nak kurangkan dengan cepat! Kalau boleh 10kg dalam 10-12 minggu.
**Persoalannya boleh ke? Bolehkah seseorang kurangkan berat badan dengan cepat?
**Jawapan mudah: BOLEH tetapi kebanyakkan orang tidak mempunyai know-how dan disiplin untuk menjayakannya... jadi mereka cepat putus asa dan serahkan berat badan kepada takdir!
03.Suka Bergantung Kepada Pihak Ketiga. 
**Orang ramai di Malaysia sangat suka dengan impian kuruskan badan dengan cepat melalui produk-produk komersial seperiti slimming centers, gelang tangan, supplement dan jurulatih peribadi.
**Sekali lagi di sini, rakyat Malaysia inginkan jalan mudah dan cepat.
**Mereka tertipu dengan kata-kata pemasaran seperti gambar-gambar "before and after".
**Kenapa tertipu? Yang pasti, tanpa pemakanan asas yang betul, senaman yang berterusan dan perancangan masa panjang, tiada produk or slimming center akan dapat menyelesaikan masalah 16.8 juta rakyat Malaysia yang kegemukan.
Bagaimana Nak Atasi Masalah Kegemukan??
## Bagi aku hanya ada satu solusi yang akan menjanjikan hasil jangka masa panjang yang diingini.
## Individu perlukan ilmu asas tentang pemakanan dan cara mengurangkan berat badan yang kukuh.
## Dengan adanya asas yang kukuh ini, pengguna akan dapat mengawal pemakanan yang membuat penukaran gaya hidup yang berkekalan.
## Jangan fikir nak kurus cepat. Yang penting individu itu pandai megawal diri.
## Kawalan perlu ada dalam diri sendiri dan bukan pada tempoh program slimming mahupun adanya stok bekalan supplement.
## Malah dengan adanya know-how ini, pengguna tidak cepat tertipu dengan kata-kata manis produk-produk komersial.
## Pemakanan dan senaman perlukan kualiti... tetapi ia hanya mungkin dengan adanya know-how.
Salah Diri Sendiri!!
!!! Apapun, mengurangkan berat badan bukanlah suatu perkara yang susah.
!!! Tapi kalau diabaikan ilmu itu, sememangnya ia adalah salah diri sendiri. Jadi, 16.8 juta rakyat Malaysia perlu take it into their own hands untuk mengubah masa depan. That is the only way. Just do it!




***Aku ni nk gemuk tapi xgemuk2 gak..Nak kata tak makan xleh gak..aku makan kalah orang buruh tu..Tapi bersyukurlah..pasti ade hikmah nye.. wink* wink*

Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself