Longlai adalah kerana kesilapan pada titik mula
Bismillah.
Tidak mudah bernafas dalam jiwa hamba. Selalu lupa. Sedangkan Adam A.S terlupa akan larangan-Nya untuk tidak menghampiri pohon khuldi itu. Kadang-kadang ingat dan kadang-kadang lupa. Lumrah barangkali. Mungkin ya! Dan mungkin tidak. Adalah satu kesilapan besar apabila mensia-siakan hidayah yang diberi oleh Allah.
Kesilapan apakah yang telah dilakukan oleh diri? Tanya diri sendiri. Anda lebih mengetahui dari saya. Saya juga punya silap dan dosa. Yang lalu dan juga yang kini. Karat-karat jahiliyah itu bukan senang untuk ditanggalkan. Kecuali jika kita tahu kembalinya kita nanti adalah kepada Allah.
Saya mendengar MP3 seorang ustaz sebentar tadi. Soal hati. Cinta itu ada dua. Satu cinta mutlak. Yakni hanya berhak diberikan kepada Allah. Yang kedua ialah cinta terhad. Iaitu boleh dibahagikan kepada makhluk Allah yang lain. Tak kisahlah sama ada kepada isteri/suami, ibu bapa atau kepada ahli keluarga yang lain. Mungkin juga pada sahabat..pada haiwan-haiwan yang melata atas muka bumi ini dan rumput-rumput di tepi jalanan. Dalam erti kata yang lain…makluk-makhluk yang Allah ciptakan.
Amat susah untuk memastikan cinta itu mutlak hanya untuk Allah. Ingin sekali diri ini menjadi seperti Rabiyatul Adawiyah. Menyerahkan seluruh cintanya hanya untuk Allah. Hanyut dalam dunia cinta itu. Lemas apabila dihujani cinta-cinta lain. Cinta pada study. Cinta pada baju-baju. Cinta pada material. Dunia!
Ya Allah, jadikan dunia itu di tanganku dan bukannya di hatiku.
alhamdulillah...share ye..
ReplyDelete