:))

Alhamdulillah, telah bertambah sehari lagi kehidupanku. Detik ini, masih terasa denyut nadi berserta hembusan nafas yang memintaku utk terus bertanggungjawab ke atas nikmat Allah yang tidak terhitung ini. Nyawaku masih ada. Bermakna peluangku masih ada utk terus bertaubat sebelum saat pengakhiran kehidupan di dunia ini tiba.

Aduhai diri yang sentiasa mudah lalai dan alpa…
Bukan mudah untuk menjadi seorang DAIE yang berkualiti. Pentasnya penuh duri. Beraksi perlu dgn hati-hati.

Hati yang sakit perlukan ubat sebagai rawatan. Bukan mudah untuk menelan kepahitan. Tapi, itulah yang harus kita tanggung sekiranya kita begitu menginginkan hati yang sihat dan bersih utk melayari kehidupan ini.


Kata Hukama’ , ‘Bahawa jalan menuju ke neraka itu dikelilingi dengan kemanisan dan kelazatan, kerana semuanya adalah sesuai dgn runtunan nafsu. Sebaliknya, jalan ke syurga itu dikelilingi dengan onak dan duri kepahitan, kerana sifat ketaatan itu amat sulit utk dicapai, dia terpaksa menempuh segala perit getir’.

Hidup di dunia tak semuanya indah. Kadang-kadang ada yang tak kena. Perjalanan hidup tu tak semuanya sempurna. Ada yang membenci ada yang menerima dan ada yang menyayangi.

Kadang-kadang dengan kata-kata semua tu boleh mungubah keadaan.

Pernah dengar tak, IGNORANCE IS BLISS?
Cuba kalau kita semua bersikap macam ni untuk sesetengah perkara, tentu benda yang remeh temeh tak jadi.

JAGA MULUT, JAGA PERKATAAN, JAGA HATI.
Kadang-kadang orang menafsir diri kita melalui butir percakapan kita. so beware.

Kadang-kadang, hasutan syaitan tu yang buat diri tu marah tak tentu pasal. Mencarut yang bukan-bukan. mengutuk yang bukan-bukan. Ingatlah. syaitan tu nak je hubungan sesama manusia tu kucar kacir. Jadi kalau dah dengar bersabar je dengan kata-kata.

Semua ni jadikan iktibar dalam diri. aku juga. beringat-ingatlah. jangan orang menyampah sebab kata-kata sudah la. Kalau dah orang cakap macam2, sabar jela. Sabar dengan kata-kata. Sabar jer. kalau mulut dah lancang sangat biarlah. Allah ada. tak payah la dok pk2. buang masa je. sedangkan org yg tak jaga mulut tu rasa puas dah menabur cerita pada org ramai. Teruskan hidup dengan sempurna.


Comments

Popular posts from this blog

salasiah kad pengenalan

Kedai Mannequin Murah

me & myself