Posts

Showing posts from May, 2013

seribu jalan satu destinasi

Benarlah. Manusia akan bertambah kreatif, inovatif dan inisiatif apabila keadaan mendesak. Setelah berhadapan dengan pelbagai masalah-barulah kita tahu bagaimana cara menyelesaikannya. Usah membuang masa, mencipta dan membayangkan masalah di dalam minda semata-mata. Tak guna 'mencipta' seekor raksaksa ganas di dalam imaginasi kita kemudian kita sendiri yang takut kepada raksaksa yang belum wujud itu. Teruskan hidup dengan ceria-jgn takut utk melangkah ke depan. Prepared for the best. Expected for the worst. Kedua. Terimalah kenyataan bahawa dunia adala dunia. Di atas dunia ini kita tak mungkin dapat segala apa yang kita mahu. Dunia ini ibarat penjara bagi orang yang beriman. Mana ada penjara yang serba selesa? Tentulah ada banyak kekangan dan halangan yang menuntut kita agar bersabar dan lebih kuat dari hari ke hari. Di atas dunia ini kita akan diuji dengan pelbagai jenis ujian. Apabila sukses satu ujian, akan datang ujian yang lain pula dan begitulah seterusnya sehingga k...