Assalamualaikum... Sederhana, jujur, realistik. ^_^. Sebetulnya cuba untuk menghurai..sudah berkali2 aku mencoret..duduk berfikir..dan inilah penghabisannya.. Semoga bermanfaat. Baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga... Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa... Kerana Dia Manusia Biasa... Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama: “Kenapa kamu memilih dia sebagai suami / isterimu?” Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh hati saya. Hingga saat ini. Saya masih ingat setiap details percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah...