Posts

Showing posts from July, 2010

Tension+kesal=??

Agaknya memang betul hari ni " bad luck " kot..apelah malangnye hari ini.. Pagi2 lagi aku dh temper ngan dealer..semua pasal xikut dateline..dh tentulah aku angin, dh tertunda 2 hari esok dh jumaat, klu xfollow up dateline kena tunggu hari isnin, dh lari date, semua set up akan lari.. Pastu member classmate wat hal..Melangkau langkah perbincangan yang sedang dijalankan..dah terang2 kami kena fire..termasuklah doc2 yang terlibat dengan pertukaran waktu tersebut..Memang panas tgh hari td..Kabar berita ni sampai ke perlis, ke terengganu, juga kuantan...secepat itu ASAP nizam bergerak..solute u boys.. Aku tau backup aku lebih dari kuota yang ditetapkan UTM, dh lebih 15 orang..jadi agak menensionkan member yg hanya koroni xckup makan tu..aku malas nak panjang cerita, ini kali kedua berdebat dengan koroni tu, takut jadi lain dari ape yang telah diplanning..diorang memang suka cari pasal.. Pastu masuk pulak " honey " aku ct pot yang dah terang2 wrong tim...

Teman Sepermainan....

Salam..hari nie xde ape yg special pun..aku dh start bukak buku balik selepas rehat tuk 2 minggu..kena refreshing sebelum segala nombor dan formula serta teori menyibuk ct kepala..lagipun bulan depan dh keja balik..mesti penat bangat.. Tp pg ni agak tercemar sebab kesibukan semalam..bertambah ++ keja menurun hari ini..aku dapat gak lari ke library seberang sana tuk study..itupun kepala dh bengong sebab ade je yg mulut murai..tonsilot bengong betul.. Dalam pada aku tgk kebun ct FB..[aktiviti semasa cuti selepas final sekiranya ade break ++ kelapangan]..aku ternampak sorang kawan nie merangkap kawan sepermainan masa kecik2 dlu..masa sek ren..aku pun jenguklah blog dia.. Nama dia  Shafik ..seingat aku kitorang mula bawa haluan masing masa masing2 naik sek menengah..aku ke Sport school..dia ct Lui Barat..bila aku pindah ke Lui pulak..diorang dh masuk teknik.. Rupanya dia accdnt tahun lepas dalam bulan 9..so memory dia agak lost gitu..teringat ct abg aku..dia pun kena cam...

Kematian & Peringatan Untuk Kita Semua

Image
Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara. Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian. Kematian "(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2). Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan. Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus. Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilan...

Hujung Minggu Yang Tenang..

Image
Hari nie ade sedikit tenang pada waktu pagi..so..i just duk dlm bilik..semalam dh terfikir nk renovet bilik.. So duk fikir..teliti ruang yg ade & facilities yg ada juga..Selepas timbang..tambah tolak darab bahagi..aku pun keluar dengan mummy g beli barang..ade beberapa tambahan dan aku akan move out..chie kata cam orang nk pindah rumah.. Slpas asar..selepas cook semua..i strat move it barang dan alih semua kedudukan..mane yg patut masuk store, mane yg patut dibuang..i want more space.. Then rehat makan..lapar..banyak guna tenaga rupanya..Tiba2 amore muncul..berapa hari daa keja..xreti rehat  agaknya..Ade sedikit soal jawab malam nieh..dan sedikit touching2..aduhai..agains..agains and agains.. Dah touching2 nie sda la kan..tapi nape sad pulak..sedangkan orang yang berbahagia itu ialah orang yang dapat menguasai hatinya, sebab dia dapat memerintah hatinya sendiri..Tapi dengan amore bolehkah? Berjaya aku ? Seorang penyair ada mengatakan, "Apabila air mata ...

Komputer Bawa Maut??

Image
Akhir2 nieh..aku banyak keja yg sangat memerlukan aku duduk dpn komputer lebih dr had yg aku biasa gunkan atau tetapkan.. Dan sangat2 lah menambah masa aku ialah aku mula berkebun kembali iaitu FARMVILLE kat FB aku tuh..Dalam hati bila lagi kan.. Walau aku sedar dan tau akibat dan kesannya..[dalam hati still cakap..xpe..seminggu dua je..pasni xdak dah]..klu betul lah tu..mgkin betul..xlama lagi puasa dah....beberapa minggu je lagi.. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan. Tapi still wat gak kan..ish3x..apalah nk jadi ngan ko ni puteri oii... So, kepada kawan2 yg selalu ngadap comp nie..beware lah ye..ada had dan sempadan..lebih baik mencegah dari merawat..xlah susah sangat ..cuma nak mulakan ke arah sesu...

PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK

Image
  Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak. Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi. Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur sa...

Air Mata Malam Pertama

Image
Kisah nie aku copy ct FB..Memang sad..tp byk pengajaran darinya..so i just want share wif u all..selamat membaca.. :) Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu. “Ana dah jadi isteri!“ Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata...